Kenapa wanita lebih tertarik dengan suami orang berbanding lelaki bujang? Ini sebabnya
Sejak akhir-akhir ni banyak betul kes suami curang kan? Tak cukup dengan itu, di media sosial ada juga beberapa wanita yang tidak segan silu mengaku yang mereka sedang bercinta dengan suami orang.
Tak cukup dengan itu, ramai juga lelaki yang mengaku mereka mula mendapat perhatian wanita sejurus selepas dorang berkahwin.
Menurut salah satu kajian yang dibuat pada 2019, 90 peratus wanita bujang tertarik dengan lelaki yang mereka percaya sudah berpunya dan hanya 59% wanita yang mahukan lelaki yang betul-betul beritahu dirinya bujang.
Ada banyak sebab kenapa lelaki dan wanita mahu bersama dengan orang yang dah berpunya. kerana sifat narsis yang dirasakan mereka untuk kacau rumah tangga orang lain dan ada juga yang buat kerana mempunyai masalah keintiman.
Selain itu, ada juga yang terjebak dengan suami orang kerana mahukan hubungan seks semata-mata dan tidak lebih dari itu.
Tapi, apa yang lebih mengejutkan, beberapa wanita turut mengaku yang mereka merasakan lelaki yang telah berkahwin itu menarik dan biasanya mereka cenderung untuk tertarik dengan suami rakan baik sendiri.
Namun begitu, orang-orang seperti ini biasanya tak akan bertindak mengikut keinginan mereka dan walaupun dorang mengaku tertarik dengan suami orang, dorang biasanya rasa bersalah dan malu dengan perkara tersebut.
Kajian pada 2010 menemui, berbanding wanita yang lebih cenderung kepada lelaki yang sudah berkahwin, lelaki pula tidak kisah status wanita samada bujang atau sudah berkahwin
Selain itu, lelaki juga lebih cenderung untuk bertindak atas daya tarikan tersebut tanpa ambil kisah tentang status seseorang wanita.
Dalam satu kajian, 60 peratus lelaki berbanding 38 peratus wanita telah mengaku yang mereka cuba untuk tidur dengan wanita yang sudah berpunya.
Tapi persoalannya, kenapa ramai wanita yang tertarik dengan suami orang?
1. Suami orang dah buktikan yang mereka boleh melakukan komitmen
Jika seseorang lelaki itu telah berkahwin, ia merupakan bukti bahawa mereka bukanlah lelaki yang takut dengan komitmen.
Jika seseorang wanita itu baru sahaja ditinggalkan oleh lelaki lain atas sebab tak mahu memberikan komitmen, ia membuatkan mereka lebih tertarik dengan lelaki yang sudah berkahwin.
Kriteria ini ternyata sangat tertarik kepada wanita-wanita yang sering berhadapan dengan lelaki yang jarang ada bersama mereka atau tak mahu hidup bersama ketika susah mahu pun senang.
2. Kalau kenal lelaki yang dah kahwin, dorang boleh tengok sendiri kebaikan mereka
Jika seseorang wanita itu berkawan baik dengan pasangan yang dah berkahwin, mereka boleh lihat sendiri bagaimana suami rakan mereka menguruskan rumah tangga.
Jika lelaki tersebut seorang suami yang baik, mereka akan melihat segala tindakan lelaki ini menarik seperti tolong basuh pinggan, jaga anak atau pun jaga isteri ketika sakit.
Selain itu, mereka juga boleh tertarik melalui cerita-cerita dari rakan mereka tentang kebaikan suaminya.
3. Jadi tempat mengadu
Suami orang atau suami rakan sendiri boleh menjadi tempat untuk seseorang wanita bujang menceritakan masalah mereka, lebih-lebih lagi bila dorang nak tahu tentang perangai lelaki.
Kadang-kadang tu, nasihat yang diberikan oleh lelaki yang dah berkahwin memang menunjukkan yang dorang lebih baik dari lelaki-lelaki di luar sana menjadikan mereka senang tertarik dengan suami orang.
4. Suami orang lebih matang
Untuk pengetahuan korang, duda yang mempunyai anak merupakan lelaki yang lebih bertanggungjawab berbanding lelaki yang tidak mempunyai tanggungan.
Logik ini juga sama seperti lelaki yang sudah berkahwin. Lelaki yang dah berkahwin biasanya lebih sihat, mempunyai kerja yang baik dan lebih bertanggungjawab. Manakala beberapa lelaki bujang lain ada yang masih tinggal dengan keluarga dan masih mencari kerjaya yang sesuai dengan mereka.
5. “Kalau dia boleh buat orang tu bahagia mesti dia special”
Seseorang wanita akan tertarik dengan suami rakan mereka sendiri sekiranya dorang lihat sendiri rakan mereka bahagia. Dorang juga akan rasa lebih tertarik dengan suami seseorang sekiranya mereka merasakan isterinya cantik.
Menurut satu kajian, semakin cantik rupa pasangan lelaki itu, semakin menarik seseorang lelaki itu.
Namun begitu, ramai orang yang tak cuba nak sondol suami orang lain walaupun rasa tertarik kerana mereka mempunyai moral dan turut berfikiran, kalau seseorang lelaki itu boleh curang dengan isteri sendiri, mesti dia akan curang lagi.