Kerajaan digesa tambah frontliner bagi percepat ujian Covid-19, kata Dr Dzulkefly
KERAJAAN patut segera mengerahkan lebih banyak barisan hadapan dalam minggu mendatang bagi memerangi pandemik Covid-19 dengan lebih berkesan selain mengadakan ujian besar-besaran, kata bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil lebih banyak barisan hadapan bukan sahaja kerana jumlah kes yang tinggi tetapi juga untuk mempercepatkan ujian agar virus dapat dicegah dari terus merebak. – TMI