Kes kecuaian kontraktor pembinaan lebuhraya, keselamatan pengguna terus dipersoalkan
Satu bongkah konkrit dilaporkan terjatuh dari sebuah lori dalam kejadian di lorong tengah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang pada Khamis.
Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dalam satu kenyataan ringkas di laman Twitter rasminya menafikan kejadian itu berpunca daripada pihaknya.
Kejadian pada jam 7.45 pagi itu mengakibatkan trafik jalan raya tersebut sesak ketika orang ramai sedang keluar untuk ke tempat kerja.
Bagaimanapun, bongkah itu telah dialihkan kira-kira 30 minit kemudian dan trafik kembali lancar. – SH
#UPDATE lorong tengah sudah dibuka kpd lalulintas https://t.co/3HdnB7PQeM pic.twitter.com/R5LYXK2U8H
— SUKE Expressway (@mySUKEofficial) March 24, 2021