Pempengaruh media sosial, Khairul Aming berkongsikan dia tidak pernah meletakkan syarat mencari calon isteri yang pandai memasak.
Memetik mStar Online, Amin berkata dia tiada masalah menggalas tanggungjawab di dapur apatah lagi sejak kecil dia memang suka memasak dan bakal isterinya juga boleh belajar memasak.
“Jadi, untunglah dia (bakal isteri) tak perlu memasak… biar saya yang ke dapur. Sejak kecil saya memang suka masak. Tiada masalah.
“Sampai kadang-kadang dekat rumah, mak saya tak masak… saya yang masak! Saya tidaklah sampai nak interview pasangan tanya pandai masak atau tidak. Benda boleh belajar.
“Kalau saya boleh kongsi video ajar orang memasak, jadi dia (bakal isteri) pun boleh belajar juga, tiada masalah,” katanya.
Dalam pada itu, Amin mengakui dirinya masih solo dan belum lagi bersedia untuk menamatkan zaman bujang apatah lagi sibuk dengan kerjaya serta perniagaannya. Katanya lagi, dia tidak akan merahsiakan daripada umum jika dia akan mendirikan rumah tangga kelak.
“Status saya sekarang masih single tapi belum available. Saya pasti umumkan berita gembira (perkahwinan) kepada orang ramai kerana kalau tak umum boleh jatuh fitnah,” katanya.