Kongsi gambar melancong ke kota dilaknat Al-Ula, Zul Ariffin teruk dikecam
Baru-baru ini, pelakon Zul Ariffin ada berkongsikan satu hantaran di TikTok yang telah menarik perhatian netizen.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, Zul sedang merakam suasana ketika melawat Al Ula.
Untuk makluman, Nabi Muhammad pernah elak dari melalui kawasan ini kerana ia merupakan kota dilaknat serta tempat Allah SWT menurun azan untuk kaum Nabi Saleh. Malah, penduduk Arab Saudi menganggap tempat itu ada tempat tinggal roh jahat.
@zulariffin_official Visiting the Old Town of Al Ula #SaudiArabia #AlUla #Alhamdullilah #fyp #12thcentury π€²π½π€²π½ππΏπΏ
Oleh kerana itu, ramai netizen meninggalkan komen nasihat serta persoal tindakan pelakon itu melawat tempat tersebut.
Bahkan, ada juga merasakan aktor tersebut seolah-olah tidak mengetahui hukum Islam.
Dalam Instagram Zul, dia ada juga memuat naik foto sedang bersantai sewaktu berjalan-jalan di kawasan tersebut.