Kreatif! Pelajar SPM cipta lagu rap supaya senang hafal fakta subjek Sejarah

Kreatif! Pelajar SPM cipta lagu rap supaya senang hafal fakta subjek Sejarah

 

Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tentu banyak subjek mereka perlu dipelajari

Ada sesetengah subjek yang memerlukan pelajar untuk hafal points sebagai contoh subjek Sejarah. Banyak fakta yang tidak boleh direka sesuka hati.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan seorang pelajar lelaki menggunakan cara kreatif untuk hafal subjek Sejarah.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki menyanyi lagu rap ciptaan sendiri. Lagu itu difahamkan tentang konsep kedaulatan yang ada di dalam subjek Sejarah.

Lagu itu diciptakan supaya pelajar lain boleh ikut menyanyi dan mudah untuk hafal. Caranya belajar dengan kreatif mendapat perhatian ramai.

@aaronlim922

Konsep Kedaulatan out now. #fyp #fypシ #malaysia #spm2023 #spm #sejarah #sejarahspm #sejarahtingkatan5 #spm2022 #spm2021 #spmpromax #viral #sejarahmalaysia

♬ original sound – AaronLim – AaronLim

Bijak, senang nak jawab exam nanti!