Lagi kejadian Toyota Alphard milik bekas Timbalan Menteri Agama PAS potong garisan kembar tular

Lagi kejadian Toyota Alphard milik bekas Timbalan Menteri Agama PAS potong garisan kembar tular

Ahli Parlimen Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaari sekali lagi menjadi bualan warganet. Ini selepas video kenderaan mpv mewah miliknya dipandu dalam keadaan berbahaya memotong di garisan berkembar ditularkan seorang pengguna FB.

.
Kejadian tersebut walaubagaimanapun bukanlah kali pertama dilakukan kenderaan tersebut. Sebelum ini kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard itu juga pernah dirakam memotong barisan di garisan berkembar di Jalan Bukit Marak-Binjai, Kota Bharu, berdekatan Jambatan Cabang 3 Gong Dermin.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.20 petang 26 September 2021 itu bagaimanapun dinafikan Marzuk, dengan mendakwa dia tiada di dalam kenderaan tersebut.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal Ehwal Agama) itu ketika menjelaskan kepada media berkata ketika itu pemandunya dalam perjalanan mengambilnya di rumahnya di Pengkalan Chepa untuk dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Dia turut memberikan alasan pemandunya terpaksa memotong di garisan berkembar kerana ingin cepat sampai di rumah Ahmad Marzuk kerana beliau perlu terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 5.50 petang.

Sementara itu, warganet meminta pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap pemandu kenderaan tersebut.Mereka mendakwa, imej Ahli Parlimen yang memperjuangkan Islam seharusnya menjadi contoh tauladan kepada pengguna jalanraya yang lain, bukan sebaliknya.

Malah, mereka mendakwa kejadian tersebut telah banyak kali dilakukan oleh pemandu kenderaan tersebut, seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang.