Langgar SOP : Perkongsian menarik peguam terkenal ini tentang kewajaran Neelofa dan pasangan dipenjara

Langgar SOP : Perkongsian menarik peguam terkenal ini tentang kewajaran Neelofa dan pasangan dipenjara

Bila membaca tentang isu Neelofa dan suaminya.

Satu sahaja bermain dibenak fikiran saya. Berapa banyak usaha dan tenaga diperlukan hanya untuk membuka kertas siasatan dan meneliti kes mereka setiap bulan?

Prosesnya bukanlah mudah. Ada makluman pelanggaran SOP oleh mereka berdua, sewaktu majlisnya perkahwinannya pada Mac 2021 dan juga naik jet ski pada April 2021.

Kemudian, bagi setiap kesalahan ini perlu dipanggil individu yang berbeza atau yang sama mengikut siasatan kes.

Polis ambil keterangan pembantu peribadi Neelofa. Keterangan Neelofa, suami Neelofa dan saksi yang terlibat. Proses ambil keterangan ini akan direkodkan. Berhari-hari juga prosesnya.

Seterusnya berdasarkan keterangan dan bukti-bukti lain. Polis buat dapatan siasatan dan kemudian kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya pula bagi izin memulakan pendakwaan atau mengambil tindakan seterusnya.

Pendakwaraya pula akan meneliti kertas siasatan dan memutuskan sama ada berlaku kesalahan undang-undang. Akhirnya pada 27/4/2021, Neelofa, suami dan beberapa orang ahli keluarga dikompaun.

Berhari-hari prosesnya, kes ini ditugaskan kepada pegawai polis yang incharge dan pendakwaraya. Siasatan dijalankan sebulan. Beberapa orang terlibat untuk melakukan siasatan dan pendakwaan? Kos proses siasatan lagi?

Kemudian sekarang pada bulan Mei 2021, ulang pula proses yang sama kerana isu merentas negeri pembelian karpet. Proses mengambil keterangan, siasat, meneliti kes dan memutuskan tindakan yang seterusnya.

Ulang semuanya. Walhal dalam kekalutan pihak berkuasa hendak memantau jutaan rakyat Malaysia untuk mematuhi SOP, perlu juga fokus kepada pasangan berdua ini setiap bulan.

Ini sudah level-level perlu sediakan task force untuk mereka berdua ni. Ini saya melawak okay, supporters jangan pembaris sangat.

Harap-harap tiadalah lagilah di bulan Jun nanti. Kita mudahkan jalan orang, semoga mudah jalan kita.

Oleh Nor Zabetha