Layak ke final Family Duo, strategi raih simpati oleh Sissy dan Naim menjadi
Pasangan duo Naim Daniel dan Sissy Imann yang mencipta kontriversi dengan juri pertandingan membuat kejutan apabila menjadi peserta keempat diumumkan layak ke final, sekali gus bakal memberi saingan untuk merebut gelaran juara.
Manakala pasangan favourite Siti Sisters yang dianggotai Siti Saerah dan Siti Saida pula terpaksa akur mendapat markah terendah pusingan separuh akhir malam tadi, sekaligus menyebabkan mereka tersingkir.
Mempertaruhkan lagu Apokalips dan Mentera Semerah Padi yang dipopularkan Datuk M. Nasir, duo tersebut akur gagal melayakkan diri apabila memperoleh markah paling rendah iaitu 356.3.
Turut gagal ke malam kemuncak Famili Duo adalah Sabhi Saddi dan Fareedpf yang memperoleh 362.2 markah. Mereka membawakan lagu popular KRU, Fanatik.
Sementara itu, perjuangan Ara Johari dan Shaffiq Erwin turut terhenti minggu ini apabila hanya meraih 366.3 mata.
Gelaran Juara Mingguan dibawa pulang pasangan adik-beradik, Ayda dan Fyna Jebat, sekali gus melayakkan mereka mara ke pentas akhir.
Duo tersebut bagaimanapun, memilih untuk berkongsi kemenangan mereka dengan Sabhi Saddi dan Fareedpf serta Sissy Iman dan Naim Daniel.
Sementara itu, turut layak ke pentas akhir adalah pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, selain Bella Astillah dan Wani Kayrie.
Famili Duo disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.
Tujuh pasangan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan bertanding merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu, manakala hadiah utama bernilai RM100,000 menanti pada pusingan akhir.
Program itu dihoskan Janna Nick dan Sean Lee, menampilkan Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap.