Lelaki ini kongsi nama unik tanjak di setiap negeri yang ramai tak tahu
Tanjak atau tengkolok merupakan busana warisan Melayu yang telah diwarisi sejak zaman dahulu.
Adat memakai tanjak ini sudah lama dipakai dalam kalangan masyarakat Melayu.
Dahulu tanjak akan dipakai oleh raja dan pembesar Melayu. Namun, kini tanjak digunakan dalam majlis istiadat diraja atau dipakai oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.
Lazimnya, tanjak merupakan aksesori yang disarungkan di atas kepala khas untuk orang lelaki sahaja. Ia akan dipadankan dengan sampin, baju melayu berserta keris selit.
Bagaimanapun, pasti ramai yang tidak tahu bahawa tanjak juga mempunyai pelbagai jenis nama mengikut negeri di Malaysia.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @penceritatv berkongsi mengenai nama-nama tersebut. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Tahu tidak nama tanjak di negeri korang? tak tahu kan jom ambil tahu belajar sikit.
Sebenarnya semua negeri yang ada di Malaysia ada tanjak sendiri dan ada nama tanjak yang tersendiri. Nama pun best-best, nama pun padu-padu.
Nama-Nama Tanjak Melayu Mengikut Negeri
Negeri Perlis
Menurutnya, bagi negeri Perlis, tanjak dipanggil sebagai Putera Kayangan.
Negeri Kedah
Nama tanjak di negeri Kedah pula, pucuk rebung, dayung emas, sampang perak.
Negeri Pulau Pinang
Di negeri Pulau Pinang, ia dipanggil sebagai getam penaga. Tambahnya, dulu orang Pulau Pinang di bawah Kedah, jadi tanjak dari negeri Kedah juga merupakan tanjak Pulau Pinang.
Negeri Perak
Antara tanjak yang paling popular di negeri Perak ialah tanjak ayam patah kepak, helang menyusur angin serta helang menyosong angin.
Negeri Selangor
Nama tanjak di Selangor pun banyak antaranya Balong Raja, Anak Helang Kembang Sayap serta helang terbang rendah.
Negeri Sembilan
Orang Negeri sembilan pula memanggil tanjak adalah deta, jadi antara tanjak yang popular di negeri sembilan ialah Deta dendam tak sudah, Deta solo timbung serta deta olang menyunsung angin.
Negeri Melaka
Tanjak yang paling popular di negeri Melaka ialah Gajah tembuluh yang dipakai oleh laksamana hang Tuah.
Tapi sebenarnya negeri Melaka boleh mendapatkan banyak tanjak, hal ini disebabkan kebanyakan negeri di Malaysia berada di bawah jajahan negeri Melaka. Maka, sebab itu, tanjak dari negeri lain boleh dipakai di negeri Melaka.
Negeri Pahang
Tanjak di negeri Pahang adalah unik dan lain daripada negeri lain. Antaranya Bugis tak balik, cogan daun kopi serta lang menyonsong angin.
Negeri Johor
Nama tanjak dikenali sebagai belah mumbak, laksamana Johor Riau, Lubang layar dan tebing runtuh.
Negeri Kelantan
Nama tanjak di negeri Kelantan pula berunsur Islamik. Antara nama tanjak di negeri Kelantan ialah getam budu, getam Raja Muda dan getam Selai daun.
Negeri Terengganu
Tanjak Terengganu pun ada, antaranya tanjak Belalai Gajah, Anak belalai Gajah serta Dato’ Bijaya.
Selain daripada tanjak negeri terdapat juga tanjak mengikut kaum,bangsa atau etnik.
Antaranya, orang bangsa pattani menggunakan tanjak Pasir Tinggi. Orang Banjar menggunakan tanjak helang maurak halar atau helang mengembang sayap. Orang asli di Kedah pula menggunakan tanjak wilah. Manakala, orang Bugis menggunakan tanjak Pasapu dan orang Minangkabau menggunakan salwa.
@penceritatv Nama tanjak negeri korang #pencerita #tiktokguru #tiktoksilat
♬ original sound – Azrul Affandi Sobry – Azrul Affandi Sobry