Lelaki ini kongsi resepi masak Maggi kuah pekat, sedap dan padu
Setiap orang ada cara tersendiri untuk masak Maggi kan? Ada yang suka dengan cara rendam sahaja, ada yang suka letak sambal dan banyak lagi cara tersendiri yang lain.
Tapi kali ini, kami ingin berkongsi cara masak Maggi kuah pekat dengan cara yang ringkas tapi padu! Perkongsian ini telah dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh.
Letak kunyit cara ni barulah sedap dan padu rasanya. Jom cuba sama-sama.
Peniaga Ini Kongsi Tips Masak Maggi Kuah Pekat, Kena Tambah Serbuk Kari Cara Ni Baru Ngamsoi!
Bahan-Bahan:
- Maggi 4 bungkus
- bawang besar 1 labu dihiris
- 4 ulas bawang putih ditumbuk
- 1 sudu besar serbuk kari ayam
- 3 biji telur
Cara Penyediaan:
1.Tumiskan bawang sehingga perang.
2.Masukkan 1 sudu serbuk kari.
3.Masukkan rencah Maggi 3 bungkus.
4.Masukkan telur.
5.Masukkan Mi Maggi dan siap!
6.Kacau perlahan dan tutup api. Apabila mi mula lembut, jangan bagi mi terlalu kembang tak sedap.
Dah siap Maggi kuah pekat yang simple ni, tapi rasa dia memang luar biasa. Bila dan try cara ni, confirm dah tak pandang cara lain dah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan merasai!