Lelaki tikam isteri hingga mati depan anak-anak, siap mandikan jenazah sebelum serah diri

Lelaki tikam isteri hingga mati depan anak-anak, siap mandikan jenazah sebelum serah diri

 

Seorang lelaki yang melakukan pembunuhan kejam dan memandikan jenazah isterinya didapati melakukan perbuatannya di hadapan anak-anaknya di rumah sewa Cikarang Barat, Kabupaten Bekasi, Indonesia.

Tertuduh, Nando, 25, didakwa menikam isterinya, Mega Suryani, 24, dengan senjata tajam pada Khamis lalu dan kemudian mayat ditemui pada Ahad.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Cikarang Barat, Iptu Said ketika sidang akhbar telah mengesahkan suspek membunuh isteri di depan anak-anaknya dan kemudian memandikan jenazah sebelum menyerahkan diri.

“Ya saya mengesahkan Nando melakukan jenayah tersebut di hadapan anak-anaknya semasa kejadian,” katanya yang dipetik Detik.com.

Pemilik rumah sewa, Dewi berkata, Nando didapati mencuci mayat isterinya sebersih-bersihnya selepas melakukan pembunuhan itu.

“Tiada darah dan semuanya dibersihkan…sangat bersih,” katanya.

Dewi menambah, mangsa ditemui tidak berpakaian dan hanya ditutup dengan selimut sehingga leher.

“Saya percaya suami Mega meletakkan isterinya atas katil selepas memandikan jenazah wanita itu,” tambahnya.

Difahamkan mayat Mega ditemui oleh ibunya sendiri selepas datang ke rumah sewa tersebut.

Nando mengaku membunuh isterinya kerana sakit hati sering bertengkar mengenai masalah kewangan dan sering dimaki hamun.