Lilin susah nak cari waktu blackout? Wanita ini kongsi cara DIY sendiri guna 2 bahan saja

Lilin susah nak cari waktu blackout? Wanita ini kongsi cara DIY sendiri guna 2 bahan saja

Kelam-kabut dibuatnya, pemilik rumah pasti pernah berdepan dengan situasi panik ketika tidak menjumpai stok lilin di rumah.

Sering hilang ketika diperlukan, pemilik rumah tidak perlu bergelap lagi ketika menghadapi gangguan bekalan elektrik dengan menggunakan dua bahan ini.

Selain gelas, air, dan minyak masak yang sudah ada di dapur, pemilik rumah cuma perlukan putik kapas bersama batu atau manik untuk membuat lilin.

Berikut adalah langkah-langkah membuat lilin dengan menggunakan barang yang sudah ada di rumah.

1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik.

2. Kemudian letakkan (tegak) satu putik kapas di bahagian tengah.

3. Kemudian isi air kira-kira setengah gelas.

4. Setelah itu, isi minyak goreng di atas lapisan air sehingga mencecah ke hujung putik kapas.

5. Nyalakan api dan ia sedia untuk digunakan seperti lilin biasa.

Kaedah membuat lilin DIY (do it yourself) ini dikongsi oleh seorang wanita iaitu Anisah Connie menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.