“Maaf saya mungkin tak sempurna di mata awak tapi saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan” – Shuhada

“Maaf saya mungkin tak sempurna di mata awak tapi saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan” – Shuhada

 

Pasti ramai yang tengah mengikuti kisah rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi.

Luahan hati isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai kecurangan suami yang bermesej sayang dengan wanita lain pasti mengingatkan kita kepada kisah beberapa selebriti yang turut melalui hal yang sama.

Nama Shamsul Yusof, Shuk dan lain lagi antara yang saling disebut berikutam kecurangan mereka terbongkar di media sosial.

Maaf Saya Mungkin Tak Sempurna Di Mata Awak

Selepas mendedahkan wanita yang mengganggu rumahtangga mereka dan mesej-mesej yang cukup jelas, terkini di akaun Tik Toknya, Nurul Shuhada memuat naik luahan hatinya serta gambar kenangan bersama suami dengan cukup menyentuh jiwa.

Tulisnya, “Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,” tulisnya. Menambah sebak, dirinya menggunakan lagu latar Cinta Terakhir.

@nurulshuhada58

💔 #nurulshuhada #hafidzroshdi

♬ Cinta Terakhir – Arnas✨

Pasangan ini berkenalan ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) selama tiga tahun sebelum mengikat tali pertunangan dan seterusnya perkahwinan pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahayamata.

Tapi Saya Pernah Ada Di Sisi Saat Awak Memerlukan – Nurul Shuhada

Tidak lama selepas memuat naik video kenangan itu, beberapa jam selepas itu,  Shuhada sekali lagi memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.

“Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin,” tulisnya.

Hari ini di instargamnya, Hafidz memuat naik satu gambar dengan keterangan;

“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan ,
Tapi ingat Allah maha pengampun ,
Jahat macam mana pun kita , Jangan kita tinggal solat
Hantaran itu disertakan dengan tanda pagar #selfreminder dan #peringatandirisendiri.