Seseorang doktor yang bertugas dalam jabatan perbidanan khusus dalam kemahiran menyambut kelahiran bayi pastinya sudah mengumpul banyak pengalaman dan memori yang tidak dapat dilupakan. Persis satu kisah ini, seorang pakar perubatan dari negara Turkmenistan telah berkongsikan detik mengujakan buat seorang ibu setelah selamat bersalin.
Ibu beri kucupan manja kepada bayi yang selamat dilahirkan
Setelah dibersihkan dan dibalut dalam kain selesa, petugas medik dalam ruangan itu terus menunjukkan bayi berkenaan kepada ibunya yang masih terbaring. Melihat sahaja cahaya mata yang dikandung selama ini sudah ada di depan mata, patient berkenaan memberikan kucupan gembira penuh syukur dan rasa perit melahirkan juga seakan-akan hilang.
Bayi terlihat cantik seperti memakai solekan lipstik & eyeshadow
Apa yang paling menarik perhatian, wajah bayi berkenaan terlihat cantik seperti orang dewasa. Bahkan Dr Aygün Hamidova menerusi TikToknya sempat berseloroh si kecil ini umpama sedang memakai lipstik. Bukan sahaja bibirnya merah merona, bahkan kelopak mata si comel itu seperti dipakaikan eyeshadow.
Cantiknya, bibir merah, mata besar, kulitnya putih
Cukup luar biasa, video berkenaan telah meraih lebih 18 juta tontonan sejak dimuat naik ke laman TikTok. Menerusi ruangan komen, ramai netizen memuji kecantikan bayi berkenaan yang mempunyai wajah cantik sejak lahir lagi.
Sekali pandang, ada yang menyangka rakaman ini menggunakan filter padahal tiada.