“Makanan dalam jel lagi sedap” – AJK masjid terima surat layang, dimaki gara-gara hidang lauk iftar tak enak

“Makanan dalam jel lagi sedap” – AJK masjid terima surat layang, dimaki gara-gara hidang lauk iftar tak enak

Kebiasaanya jika ada apa-apa aduan terhadap pihak masjid, kita pasti akan terus berjumpa dengan AJK berkenaan. Namun, kali ini sebuah masjid telah menerima aduan secara surat layang.

Tular baru-baru ini sebuah posting di Facebook, memaparkan empat keping kertas yang ditulis dengan kata-kata cacian serta makian yang didakwa ditujukan kepada ahli jawatan kuasa (AJK) masjid tersebut.

340785375 239847461763094 2001731977134062644 N

340786185 949175276075069 8166020995273600625 N 1

“Kepada jawatan kuasa masjid dan orang yang order makanan. Jawatan kuasa masjid, pekerja jaga makanan laki-laki dan perempuan.”

“Makanan semuanya letak tomato puri, tomato sos, kanji, terung, bendi, kubis rebus. Lepas tu letak kari.”

“Orang tua tak boleh kunyah, keras ayam, campur tomato puri, daging letak tomato puri, tomato sos, semuanya merah sos. Ada kanji,” tulisnya.

Selain itu, individu yang menulis surat layang tersebut turut mengaku telah membuang makanan yang diberikan oleh masjid berkenaan ke dalam tong sampah atas sebab tidak puas hati dengan cara ia dimasak.

Dia turut menggelarkan individu yang menyediakan makanan berkenaan sebagai ‘anj*ng’ sekali gus menyamakan juadah yang dihidangkan seperti menu dalam penjara.

341044171 122814604105310 8946213023260963564 N 1

340847947 887086029030568 4722235086533129762 N

“Bangladesh pun tak makan semuanya. Masuk dalam tong sampah. Hari-hari limau, epal, semuanya masuk dalam tong sampah. Makanan dalam jel lagi sedap.”

“Puasa pertama nasi mentah. Rasa beras. Lauk-lauk semuanya tomato sos, tomato puri,” tulis surat layang tersebut.

Surat berkenaan telah mendapat perhatian ramai selepas ia dikongsi ke group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Perkara tersebut telah menyebabkan ramai warganet menyelar tindakan individu tersebut, serta membuatkan ramai berspekulasi bahawa pengadu merupakan warga asing dipercayai dari Bangladesh berdasarkan gaya penulisannya.