“Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain” – Dialog Pak Samad dalam 7 Hari Mencintaiku tular gara-gara isu panas

“Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain” – Dialog Pak Samad dalam 7 Hari Mencintaiku tular gara-gara isu panas

 

Sejak pengarah terkenal Syamsul Yusof mengesahkan bahawa dia sudah bernikah di Thailand bersama Ira Kazar, pelbagai reaksi yang diberikan kepada pasangan ini. Turut tidak terkecuali, ahli keluarga yang terlibat turut terkena tempias isu ini.

Babak Pak Samad lakonan Kazar dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 turut tular di media sosial dan hangat diperkatakan oleh warganet.

1 1

2 2

Menerusi video berdurasi selama 48 saat itu, ia memaparkan Pak Samad dan Adam lakonan Sean Lee yang sedang membincangkan berkenaan penerimaan Mia (Siti Saleha) sekiranya suaminya berkahwin buat kali kedua.

“Mana ada isteri bahagia suami kahwin lain. Bila seorang isteri itu reda, dia tak perlu pergi pun. Untuk dapatkan syurga buat dirinya. Dia lebih kenal suaminya dan nak harungi susah senang bersama,” ujar Pak Samad dalam babak tersebut.

Babak lakonan Kazar ini mendapat perhatian ramai yang berpendapat kata-kata tersebut menjadi kenyataan pada hari ini. Lebih ironi, warganet berpendapat kata-kata tersebut lebih sesuai untuk diberikan kepada anak Kazar sendiri yang turut terpalit dalam isu tersebut.

Untuk rekod, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah memasuki episod baharu apabila pengarah ini mengaku sudah bernikah dengan Ira Kazar yang berwalikan bapa kandungnya, Kazar di Thailand.

@tv3malaysia

Inilah drama yang kita tonton setiap hari. Korang nak lagi cerita sensasi ! Tengok lah dekat DRAMA SANGAT !! 🔥 #DramaSangat #7HariMencintaiku3

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia