“Mana hati budi? Saya ada anak kecil tau” – Ali Puteh pelik rumah pusaka arwah ibu bakal disita

“Mana hati budi? Saya ada anak kecil tau” – Ali Puteh pelik rumah pusaka arwah ibu bakal disita

 

Meskipun 3 tahun lebih sudah berlalu, tetapi kemelut antara pelawak Ali Puteh serta balu Allahyarham Abam iaitu Siti Norhidayah masih tiada kesudahan lagi.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali dedahkan pihak keluarganya seolah-olah dilanda ujian baru pula tatkala umat Islam bakal memasuki Ramadan kurang seminggu lagi.

Memang belum buat bayaran RM60k…sebab pendapatan saya dah tak macam dulu

Ketika ditanya perkembangan isu bayaran RM60 ribu, Ali mengaku memang belum buat sebarang pembayaran kepada pihak belah sana.

Bukan tidak mahu jelaskan, sebaliknya dia menjelaskan sumber pendapatannya kini tidak banyak.

Ia susulan kerjaya seninya tidak rancak seperti dahulu, termasuklah tiada tawaran untuk buat program TV.

Pelik dapat surat rumah mak bakal disita…mana hati budi seseorang, saya ada anak kecil tau

Terbaru, Ali Puteh dikejutkan pula apabila dapat notis daripada mahkamah bahawa rumah atas nama ibunya (Allahyarhamah Sabariah Arshad) pula bakal disita.

Justeru dia persoalkan kenapa aset itu dikaitkan pula, sedangkan isu menang saman berjumlah RM60k itu cuma membabitkan pihaknya dan Norhidayah sahaja.

Ali Pelik Rumah Ibunya Bakal Disita – “Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil Tau”

Hentikan buat fitnah…lawyer dia sendiri sahkan ada berborak dengan abang ipar masa datang rumah Abam

Dalam waktu yang sama, pelawak berusia 34 tahun ini menyeru Norhidayah agar hentikan memuat naik posting berunsur fitnah terhadap pihak keluarganya.

Mengulas tentang video datang ke rumah Abam pada bulan lepas, Ali jelaskan semua itu hanyalah cubaan fitnah.

Ini kerana, peguam Norhidayah sendiri mengesahkan ada berborak dengan abang iparnya pada hari kejadian dan bukannya langsung tiada orang seperti didakwa.

@melodiberapi

Nampaknya pertelingkahan antara Ali Puteh dan Norhidayah semakin berpanjangan.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #aliputeh #norhidayah

♬ original sound – Melodi – Melodi