Mantap nampak bentuk buah dada, penampilan terkini Fiza Halim undang komen lucah
Heboh di ruangan media sosial berhubung penampilan terkini, penyanyi dan pelakon Fiza Halim yang dikatakan seakan mencolok mata meskipun bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram, Fiza berkongsi sebuah foto bersama rakannya, namun apa yang menarik perhatian ramai adalah gaya tudungnya yang terdedah di bahagian leher.
Malah, baju yang dipakai juga kelihatan sendat hingga menampakkan asetnya seperti membalut nangka serta mengundang komen nakal berunsur lucah.
Meskipun ruangan komen telah dihadkan oleh Fiza, namun portal media hiburan Xtra sempat mengambil tangkap layar beberapa komen netizen.
Ada yang menegur penampilan aktres berusia 41 tahun itu yang dikatakan semakin lama semakin ‘terdedah’ dan seksi selain ada individu yang memerlinya untuk buka sahaja tudungnya.
Fiza atau nama penuhnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim bagaimanapun telah pun memadam respon dan kritikan itu sebelum menutup ruangan komen hantaran tersebut.
Terdahulu, Fiza pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.
Pada 2010, Fiza berkahwin dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.
Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah bersama juruterbang, Aizat Al Jefri.