Media sosial akan dilesenkan, ketahui ini kesan kepada anda

Media sosial akan dilesenkan, ketahui ini kesan kepada anda

 

Kementerian Komunikasi dan Digital kini sedang mempertimbangkan keperluan untuk platform media sosial dan internet gergasi seperti Google, Meta dan TikTok untuk mendatar dan mempunyai lesen untuk beroperasi.

Hal ini adalah kerana platform-platform berkenaan menjana pendapatan, dan memberikan kesan kepada syarikat media tempatan.

Melalui beberapa perbincangan pihak kerajaan, beberapa langkah sedang dipertimbangkan dalam membolehkan platform berkenaan menyumbang kembali kepada syarikat media tempatan.

Pendaftaran dan pelesenan ini dijangka akan membawa kepada kelangsungan industri media tempatan, sekaligus membantu dalam memastikan syarikat media tempatan untuk terus menjana pendapatan.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah syarikat platform internet akan memberikan reaksi terhadap perkara ini.

Sebelum ini, ia pernah dikongsikan kurang 3% pengguna di Facebook yang melihat kandungan berbentuk berita, dan ketiadaan berita di platform mereka dijangka tiada kesan yang serius terhadap platform berkenaan.

Perkara ini sedia terbukti selepas Facebook tidak memaparkan kandungan berita di Kanada baru-baru ini.