Mengejutkan!! Positif Covid-19 dua kali dalam tempoh 3 bulan, wanita ini berkongsi sebabnya
Hanya kira-kira tiga bulan selepas dijangkiti Covid-19, Maia Estianty mendedahkan dia sekali lagi menjadi mangsa wabak yang sedang mengancam penduduk dunia sekarang.
Menceritakan apa yang berlaku janda Ahmad Dhani itu berkata kejadian beraku pada akhir Mac lalu dan ketika dia sangat berjaga-jaga membataskan pergaulannya.
Puncanya, Maia berpelukan dengan seseorang yang positif wabak berkenaan. Bagaimanapun melalui pendedahan yang dibuat melalui YouTube semalam, penyanyi Karena Dia itu tidak menjelaskan siapakah individu terbabit.
“Walau saya biasanya sangat menjaga prokotol, tapi ternyata saya bertemu dengan seseorang yang kemudian saya peluk.
“Ternyata orang itu positif (Covid-19) dan akhirnya saya dijangkiti,” katanya.
Bagaimanapun Maia yang turut dikenali sebagai pelakon filem Guru Bangsa: Tjokroaminoto berkata gejala yang dialaminya kali ini sangat ringan.
Malah katanya ketika dijangkiti kali pertama pada akhir Dis tahun lalu dia juga tidak mengalami sebarang gejala.
Sebaik saja disahkan positif kali kedua kata Maia, 45, dia terus melakukan kuarantin di rumahnya. Untuk itu dia berkurung dalam bilik anak sulungnya Ahmad Al-Ghazali, yang kebetulan tidak digunakan ketika itu.
“Kali ini berbeza berbanding (positif) sebelumnya. Kalau yang sekarang, ada sedikit gejala dari yang dulu,” katanya.
Maia juga berkata pada hari keenam dia disahkan pulih. – MK