Mira akhirnya buka mulut, jawab dakwaan jadi punca View Chin & Ah Moi bercerai

Tular satu video di laman Facebook yang memaparkan pempengaruh yang bernama Mira tampil menjawab persoalan netizen mengenai kontroversinya antara View Chin dan isterinya, Ah Moi.
Menurut Mira, tidak semua perkara yang didedahkan oleh Ah Moi, isteri kepada usahawan itu adalah benar dan dia juga mempunyai cerita sendiri tetapi tidak mahu memaklumkan kepada orang ramai.
Tambahan, sewaktu netizen mendakwa Mira atau nama sebenar Amirah Firdaus adalah skandal View Chin, dia cuba membetulkan semula dan berkata jejaka berkenaan adalah teman lelakinya.
Yang fitnah Mira dah minta maaf belum? Nanti dekat kubur merangkak cari aku.
Malah, pempengaruh itu juga tampil menegaskan dakwaan yang dia bukan punca pasangan itu bercerai.
Mira turut berkata, dia dan View Chin menjalinkan hubungan setelah usahawan itu bercerai dengan isterinya.