Misteri gerai sate 50 sen di Klang, rupanya ramai dah terkena!

Misteri gerai sate 50 sen di Klang, rupanya ramai dah terkena!

 

Seorang pengguna TikTok kongsikan pengalaman seram daripada seorang individu yang terpedaya dengan gangguan misteri, namun apabila dia mengetahui perkara sebenar ia bakal membuatkan kita semua merinding mendengarnya.

Dalam satu rakaman voice note, individu tersebut menyatakan bahawa dia ada menemui sebuah gerai sate yang terletak di Pulau Indah, Klang selepas pulang daripada kerja bersama rakannya. Menurutnya, ianya hanya dijual dengan harga 50 sen sahaja secucuk. Murah! 

Menurut individu tersebut, ‘peniaga’ kedai berkenaan sempat berborak dengannya. Jelas ‘peniaga’ itu, dia ada anak yang sama kerja dengan individu ini tetapi sudah meninggal dunia 10 tahun lepas akibat kemalangan.

Malah katanya, peniaga turut menjelaskan bahawa gerai itu sudah dibuka selama 20 ke 30 tahun dan sempat berpesan kepada individu itu bahawa kawasan gerai tersebut agak keras.

“Aku order sate ayam dengan daging 5 cucuk, 5 cucuk, semuanya RM5, lepastu makcik tu pun bagi lah kan. Lepastu makcik tu tanya aku kerja mana semua.”

Usai makan di gerai tersebut, individu itu mahu ke sana semula selepas seminggu, namun kedai itu dilihat sudah ditutup. Jelasnya lagi, ketika dia makan di gerai tersebut, gerai itu hanya menyediakan minuman air kosong dan kopi.

Menurut individu ini, gerai itu terletak behampiran dengan rumah rakannya yang menerima voice note tersebut dan itu sebabnya dia bertanyakan sama ada gerai itu buka atau tidak.

Katanya lagi, hidangan sate dari ‘gerai’ tersebut sangat sedap kerana daging satenya yang tebal, bahkan harganya pula murah.

Kerana rasa yang sedap, kualiti yang bagus dan harga yang murah, individu ini merasakan bahawa gerai ini mungkin sudah tular, namun orang yang tinggal berhampiran dengan kawasan gerai itu menegaskan dia tidak pernah tahu menahu mengenai gerai tersebut.

Malah ditegaskan lagi bahawa tidak ada gerai di kawasan berhampiran rumahnya, kawasan yang dimaksudkan itu adalah tempat kosong.

Di pengakhiran video ini, dapat dilihat rakaman sekumpulan lelaki bermotor datang ke gerai yang dimaksudkan itu dan mendapati ia hanyalah satu tempat usang dan terbiar di tempat gelap.

Dalam masa 14 jam video tersebut dimuat naik, ia telah meraih lebih 700K jumlah tontonan. Ada netizen rasa gerun dan ada juga yang tertanya-tanya daging apakah yang mereka makan sebenarnya setelah mengetahui bahawa gerai tersebut tidak pernah wujud.

Sejauh mana kebenaran ini? Wallahualam, apapun, semoga kita terhindar daripada terkena gangguan sebegini. 

@nazrul.said

Rakaman ‘voicenote’ sebenar mangsa singgah warung tidak wujud yang menjual satay 50 sen 👹 #fyp #viral #kisahseram #kisahseramtiktok #seram #hantu #kedaiberhantu #satay #50sen #pulauindah #nazrulsaid

♬ Horror Backsound 2 – N.I.A