Model top Malaysia tahun 2000 hilang ratusan pengikut, video tanpa mekap jadi punca?
Ketika ramai memilih untuk mengambil suntikan agar tidak terlihat tua, masih ada yang memilih untuk kekalkan wajah seiring usia.
Segala kedutan boleh dihilangkan dengan teknik solekan yang betul, tapi tidaklah sampai setiap hari nak bersolek.
Zahnita Wilson, seorang model yang sangat terkenal pada awal 2000an, ditambah pula wajahnya sering dilihat di papan iklan Jakel.
Mendedahkan dirinya kehilangan ratusan pengikut di Instagram susulan video yang dimuat naik beberapa hari lalu bersama anak perempuannya.
Dalam video tersebut, pelakon berusia 38 tahun itu menunjukkan wajah polos tanpa secalit solekan dimana anaknya juga seolah-olah menyindir rambutnya yang sudah beruban.
Susulan itu, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkongsi sebuah video lain memaklumkan dirinya sudah bersiap dengan memakai bedak serta gincu berwarna merah jambu pekat dan menyisir rambut.
“Pengikut hilang beberapa ratus selepas hantaran sebelum ini. Ok la mak dah sikat rambut, letak bedak sikit, bibir ‘pink’ tengok wayang Barbie,” katanya dalam hantaran terbaru.
Dalam pada itu, ramai warganet memuji ibu kepada dua orang cahaya mata itu yang dikatakan menjadi diri sendiri dan tidak kisah mempamerkan wajah tanpa sebarang solekan atau filter.
Cantik semulajadi!
Pedulikan kata orang lain
Terdahulu, Zahnita menjadi kegilaan ramai lelaki dan wanita ketika zaman 90-an kerana memiliki tubuh badan tinggi dan kurus serta penampilan wajah yang manis.
Oleh kerana itu, dia sering menghiasi muka depan majalah-majalah terkenal seperti Nona dan Pesona Pengantin serta acap kali dilihat di setiap papan iklan produk.