Muslihat Pas lantik Tun M jadi penasihat 4 negeri PN akhirnya terbongkar
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan hilang peranannya sebagai pemimpin tertinggi dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) susulan tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Memetik Sinar Harian, bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Abdul Hadi tidak boleh dipersalahkan dalam hal tersebut memandangkan rekod Tun Mahathir dalam politik begitu memberangsangkan.
“Kita tidak boleh menyalahkan Abdul Hadi dalam memilih Tun Mahathir kerana rekod politik Tun Mahathir jauh lebih mengagumkan,” katanya dalam siaran di Facebook beliau pada Jumaat.
Pada 3 September, seramai empat Menteri Besar daripada PN mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir di kediaman beliau.
Mereka ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ditemani Abdul Hadi dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Dalam pada itu, ujar Salleh Said, tindakan Ahli Parlimen Marang itu jelas kerana ingin mengekalkan momentum ‘gelombang hijau’ kini semakin meningkat, pada masa yang sama terus meraih manfaatnya.
“Sebab itu Perdana Menteri ke-10 betul-betul tidak menganggap Muhyiddin sebagai ancaman yang serius. Hadi berazam untuk mengekalkan apa yang Pas perolehi semasa pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.