Netizen label Pemuda PAS Selangor ‘lebih sudu daripada kuah’

Netizen label Pemuda PAS Selangor ‘lebih sudu daripada kuah’

 

Rakyat Malaysia menyambut berita kemenangan pasukan Selangor Red Giants dalam acara permainan video berprestij di Riyadh, Arab Saudi dengan cukup meriah.

Jadi, ramai pihak dan organisasi turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah ke atas ke kepada pasukan tersebut. Oleh itu, muncul pelbagai rekaan poster ucapan tahniah yang menarik dihebahkan di media sosial.

Namun, satu rekaan poster ucapan tahniah yang dikongsikan oleh Pemuda PAS Selangor telah menarik perhatian warganet apabila gambar mereka lebih menonjol berbanding daripada peserta yang memenangi pertandingan tersebut.

Warganet lantas melabelkan Pemuda PAS Selangor sebagai lebih sudu dari kuah kerana meletakkan gambar peribadi dengan berwarna sementara peserta lain di latar belakang digelapkan sahaja seolah-olah tenggelam.

Susulan itu, ramai mempersoalkan siapa yang sepatutnya mendapatkan penghargaan dan ucapan tahniah jika poster itu sedemikian rupa?

Malah, kehadiran mereka di dalam poster boleh menimbul persepsi yang mereka lebih mahu populariti berbanding menghargai juara dunia yang mewakili Malaysia pada acara tersebut.

Orang ramai lalu melabel Pemuda PAS Selangor sebagai “lebih sudu daripada kuah” di dalam isu tersebut malah sebelum ini mereka pernah membidas permainan video dengan mengatakan ia melalaikan.