Netizen persoal projek kompleks sukan di Terengganu bernilai RM6.2 juta, “Tak padan dengan harga”
Pada tahun 2020, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mendedahkan bahawa 2 projek pembinaan kompleks sukan negeri itu berjalan dengan lancar.
Pembiayaan projek itu didakwa diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM), di mana kompleks di daerah Jabi itu menelan belanja RM6.2 juta.
Boleh letak gambar Kompleks Sukan Jabi sebelum dan selepas?
Boleh! Ini gambar selepas siap. Gambar sebelum Mei 2018 hanya tanah kosong saja. pic.twitter.com/aVXwDzKDEr
— Dr Azman Ibrahim (@Dr_AzmanIbrahim) July 16, 2023
Sebelum ini, pada 2018, KBSM telah mempamerkan pelan Kompleks Sukan Jabi yang bernilai RM6.2 juta. Ia dilengkapi padang bola sepak, trek larian, gelanggang bola tampar dan banyak lagi.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu, ADUN Jabi dan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, telah memuatnaik sebuah gambar yang mempamerkan Kompleks Sukan Jabi yang sudah siap, tetapi mengundang persoalan netizen.
Kebanyakan mereka menyatakan bahawa RM6.2 juta yang dibelanjakan kerajaan untuk membina Kompleks Sukan Jabi itu seolah-olah indah khabar dari rupa kerana ia nampak biasa dan tidak setaraf dengan harganya.
komplex sukan amende ni, macam tempat ternak lembu aje
kesian pengundi Jabi, hari hari kena kencing ngan pas
— Artemis.P (@Artemis281072) July 17, 2023
Bang, ni namanya padang bola dengan stand. Bukan tak sampai level kompleks sukan. Kurang2 ada running track la, itu pun takde 😭😭😭
— srvyrlad (@nefauzii) July 17, 2023
Mana running track? Kompleks sukan ni boleh main sukan apa je selain bola sepak? Rm6.2juta untuk ini sahaja? Tidak termasuk maintenance kan?
— Woody 🏴 (@woody2shoez) July 17, 2023
Selain itu, sebahagian daripada netizen mempersoalkan tempoh masa yang diambil iaitu lima tahun untuk menyiapkan padang bola versi minimal ini.
2018-2023=5tahun
Grand stand tu, kalu mintok kontraktor buat, 2 minggu pun siap doh..mano kompleksnyo?— Alister (@KingAlister2001) July 16, 2023
Orang lain buat padang turf kurang dari setahun dah siap, ni ambil masa 5 tahun ker?
— Onana🎶🎶 (@rzmnrm) July 17, 2023