‘Not My Problem’, pesakit ajar pegawai farmasi biadap HKL
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak biadap menjawablah kau kat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Selalunya bekalan ubat saya akan diuruskan melalui apps MyUbat dan akan hantar melalui pos cuma kos pos sahaja yang saya kena bayar
Insiden di Farmasi pagi tadi 10 January 2022 di Farmasi Tingkat 6 HKL.
Pharmacist 1: bekalan Encik kena collect sendiri setiap 2 minggu hingga Bulan Julai nanti.
Saya: Boleh post melalui MyUbat macam biasa.
Pharmacist: Tak boleh guna MyUbat lagi. Kena ambil sendiri setiap 2 minggu.
Saya: Eh.. minggu lepas saya appointment di PC Clinic dan ENT, semua penghantaran ubat diuruskan melalui MyUbat.
Pharmacist 1: Sekarang tak boleh guna MyUbat lagi.
Saya: KKM kan baru launch MyUbat untuk mudahkan cara ambil ubat. Takkan dah tak ada.
Takkan lah saya kena ulang alik dari Sungai Buloh ke HKL setiap 2 minggu untuk ambil ubat. Tak ada cara lain ke untuk saya dapat ubat ni lagi pun kalau hantar guna MyUbat pun kos saya bayar COD. Bekalan ubat saya tak boleh putus kerana saya ada Allergic Anaphylaxis Type 1 dan senang kena Anaphylactic Shock jika bekalan ubat putus.
Pharmacist 1: NOT MY PROBLEM. (Sambil beredar dan bercakap sesama mereka kalau nak ubat gi lah kat hospital lain pulak.)
PANAS SEMACAM BILA DIA SEBUT NOT MY PROBLEM. TERUS SAYA KELUARKAN HANDPHONE SAMBIL TUNGGU DIPANGGIL. KALI INI SAYA RAKAM SAMBIL TANYA SEMULA DAN AKHIRNYA TANYA NAMANYA UNTUK DIRUJUK PADA KKM DAN PENGARAH HKL LEPAS ITU SAYA BEREDAR SAMBIL KATA ANYTHING KITA JUMPA KAT KKM.
Setibanya di rumah tiba- tiba beberapa kali HKL call saya.
Pharmacist 2: Encik kalau boleh saya nak settle masalah encik.
Saya: Kenapa nak settle ?
Pharmacist 2: Kami nak settle perkara ini. Kami tak mau ia sampai ke KKM
Saya: NOT MY PROBLEM. Anything you cerita dengan KKM.
Pharmacist 2: Encik boleh datang balik sini nanti kami isi detail di MyUbat, nanti kami akan pos ubat kat Encik.
Saya: Tadi kata MyUbat tak ada lagi apasal kata ada pulak. Sorry lah anything you talk to KKM, NOT MY PROBLEM anymore.
Pharmacist 2: Perkara ni boleh discuss. Kami boleh settle. Tak perlu repot ke KKM.
Saya: NOT MY PROBLEM also. Anything you cerita kat KKM. Dah berapa ramai pesakit you buat macam ni, dah berapa ramai pesakit mati kerana you potong ubat yg Doctor beri pada mereka ? Kalau saya kena Anaphylactic Shock nanti sebab tiada ubat nanti you tahulah tindakan undang-undang kat you !
SAYA SENGAJA BALAS JAWAPAN MEREKA DENGAN ‘NOT MY PROBLEM‘ IAITU JAWAPAN YANG MEREKA BERI SAYA TERLEBIH DAHULU.
#KKM #kementeriankesihatanmalaysia
Sumber – FB