Pakai baju seksi, Elisya Sandha dikritik tak jaga sensitiviti isu Pale.stin
Pelakon, Elisya Sandha menerima kritikan ramai lebih-lebih lagi selepas berkongsi video belakang tabir ketika menjalankan ‘photoshoot’ untuk aksesori jam jenama terkenal.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memakai dress labuh tiada lengan berona pink yang mendedahkan bahagia belakang badannya.
Meskipun video tersebut menunjukkan sisinya dari tepi sahaja, namun ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan kritikan netizen yang kurang senang melihat menantu penerbit dan pelakon Shiela Rusly ini memakai pakaian dikatakan menjolok mata.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berkata muat naik Elisya itu dianggap tidak sesuai dan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti berkaitan isu melanda rakyat Palestin yang sehingga kini teruk direjam tentera zionist Israel.
Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan mengapa adik kepada aktres terkenal Fasha Sandha ini semakin seksi dan semakin mendedahkan auratnya selepas mendirikan rumah tangga.
Tidak berdiam diri, aktres drama rantaian Serpihan Sayang ini tampil bersuara apabila dikritik tidak menjaga aurat dan tidak memberi solidariti kepada Palestin.
Jelas Elisya, dia tidak perlu mencanang kebaikannya di media sosial untuk tatapan umum.
Tegasnya lagi, Elisya mengakui masih cuba untuk memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik pada masa akan datang.
“Indeed, it is between me and Him. Allah knwos best and that is enough. Perlu ke saya tunjuk kebaikan saya di media sosial? Tak perlu dan saya masih belajar untuk jadi manusia dan Muslim yang lebih baik.
“Apa saja saya post adalah kerja dan career saya tapi kalau tak kenal saya secara peribadi jadi saya rasa anda semua perlu berhati-hati dengan kata-kata anda.
“Alhamdulillah for everything,” tulisnya.