Pakar jangka Ringgit Malaysia bakal jatuh teruk akhir tahun ini

Pakar jangka Ringgit Malaysia bakal jatuh teruk akhir tahun ini

Prestasi ringgit menjadi sangat tidak menentu buat masa sekarang.Ringgit dijangka akan diniagakan sekitar 4.3165 hingga 4.3475 berbanding dolar AS minggu ini ketika artikel ini ditulis.

Dari minggu ke minggu, ringgit adalah lebih rendah berbanding dolar US pada 4.3230/3270 yang direkodkan semasa Jumaat berbanding 4.2330/2380 dalam minggu sebelumnya.

Menurut pendedahan MajalahForexMalaysia, Ringgit merosot mencecah paras 4.30 berbanding dolar AS pada Jumaat, paras kali terakhir yang pernah disaksikan semasa Jun 2020.

Daripada segi prestasi dari tahun ke tarikh, mata wang tempatan itu telah menyusut 2.75 peratus, mencerminkan sentimen global yang lemah dan seiring dengan yuan China.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dari Jumaat ke Jumaat.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1633/1667 daripada 3.1198/1242 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, melemah berbanding yen Jepun kepada 3.3652/3686 daripada 3.3465/3510.

Kekuatan mata wang tempatan itu turut jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5641/5693 daripada 5.5308/5374 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6710/6753 daripada 4.5776/5830 sebelum ini.

Melihat daripada trend ini yang beterusan disamping masalah hyperinflasi dan krisis makanan yang sedang melanda dunia pasca pandemik COVID-19,adalah tidak mustahil jika ringgit bakal jatuh sehingga RM5.70 berbanding Dollar menjelang hujung tahun 2022.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penurunan nilai Ringgit ketika ini, secara dasarnya ianya memberi kesan kepada aktiviti pelaburan samada kesan secara langsung atau tidak langsung seperti;-

Kesan Langsung.

KESAN TIDAK LANGSUNG

Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia :

Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara kita Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.

Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak. Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun pelbagai pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita.

Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia :

Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :

  1. Barangan Import lebih mahal.

Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg jatuh. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat. Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal.

  1. Harga barangan akan naik

Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan SST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit malaysia.

  1. Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang.

Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang.

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada mahasiswa kita yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.

  1. Inflasi

Inflasi akan berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan. Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing.

Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.

  1. Penurunan Harga Minyak.

Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang malaysia juga mengalami penurunan. Penurunan harga minyak akan menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.

Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.

Langkah persediaan menghadapi krisis ekononi :

  1. Persediaan sikap

Sikap kita perlu diubah agar fokus kepada perkara yang bermunafaat seperti pelaburan matawang dan emas daripada terlalu memikirkan krisis ekonomi. Jauhi berita-berita yang tidak sahih yang tersebar melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya yang membuat fikiran berserabut, tidak berguna dan membuang masa.

Formula untuk bahagia dan berjaya dalam hidup ialah 5S iaitu Selalu, Senyap, Senyum, Sabar dan Syukur. Maksudnya dalam hidup ini kita mesti Selalu Senyum Sabar Senyap dan Syukur. “Selalu” bermaksud terus bertindak dan tindakan berterusan (konsisten). Sikap yang akan membolehkan kita bahagia walaupun mempunyai masalah atau mempunyai kesempitan wang ringgit iaitu senyum, sabar,syukur dan senyap. Senyap maksudnya tidak bercakap hal tidak baik, tidak berfaedah atau berhenti berbicara atau menulis berita tentang krisis ekonomi dan sebagainya yang tidak memberi faedah tanpa disusuli tindakan proaktif, tapi sebaliknya hanya mungkin akan mengundang kebencian dari kawan-kawan.

Pilihlah untuk berbahagia bukan bererti kita tidak peduli terhadap masalah-masalah di sekeliling kita ataupun memaksakan senyum di wajah kita, akan tetapi kita meluangkan lebih waktu untuk fokus pada hal-hal indah yang dapat memberikan kita kesenangan, membuat kita tersenyum dan bersyukur atas kehidupan ini.

  1. Persediaan tindakan hadapi krisis ekonomi.

Setelah persediaan sikap dan mental maka tindakan seterusnya ialah persedian tindakan menghadapi krisis ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit malaysia. Langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kenaikkan harga minyak dan SST (cukai barangan dan perkhidmatan) menyebabkan harga barangan naik dan kuasa membeli berkurang jadi langkah penjimatan mesti dilakukan segera seperti langkah penjimatan perbelanjaan harian dengan hanya membeli barang keperluan penting, penjimatan minyak petrol dengan mengurangkan perjalanan, penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan dalam semua aspek kehidupan.

Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import dan melancong ke luar negara pada masa krisis ekonomi ini. Melancong ke luar negara yg mempunyai nilai matawang tinggi atau membeli barang import pada masa kejatuhan duit malaysia adalah merugikan kerana kita memperolehi nilai tukaran yang sedikit.

  1. Persediaan dana simpanan .Penyimpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit. Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang. Pembelian emas fizikal dan dijadikan simpan jangka panjang adalah wa
    1. warisan nenek moyang kerana harga emas akan meningkat, selamat, mudah dijual dan dibawa kerana berharga dan laku seluruh dunia. Bertindak lah membeli emas fizikal dan menabung emas pada harga rendah.Jangan tertipu dengan scammer pelaburan emas pula.Emas fizikal bermaksud emas yang dapat kita sentuh,usap dan cium.Lebih berbaloi beratur dikedai emas daripada beratur di balai polis untuk membuat repot ditipu scammer pelaburan emas.
    2. Persediaan bekalan makanan. Buatlah persediaan simpanan barangan keperluan asas yang mencukupi kerana ada ketikanya,walaupun mempunyai emas tetapi anda tetap tidak dapat menukarkannya dengan bahan makanan sekiranya terjadi krisis makanan yang teruk.Tidaklah keterlaluan sekiranya anda mula bercucuk tanam di sekeliling rumah untuk mendapatkan sayur-sayuran.Yang tinggal di luar bandar dan kawasan kampung juga bolehlah menternak sendiri sumber protein seperti ayam,itik & kambing untuk bekalan kegunaan sendiri.

    Akhir kata,artikel ini hanyalah analisa penulis bedasarkan situasi semasa ekonomi negara kita dan dunia.Ianya bukanlah satu bentuk nasihat pelaburan.Pertimbangkanlah keputusan anda sendiri sebaik-baiknya.Berjimat cermat dan rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya.Mencari wang bukanlah juga mudah bagi kebanyakkan orang.Semoga ekonomi negara kita dan ekonomi dunia kembali pulih secepat yang mungkin dan kita mampu hidup seperti dulu.