Panas!!! Bekas MB, Mat Said dedah salah laku EXCO Pas Kerajaan Terengganu

Panas!!! Bekas MB, Mat Said dedah salah laku EXCO Pas Kerajaan Terengganu

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dalam satu videonya yang tular ketika mendedahkan pelbagai salah laku yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan PAS sekarang.


Video berdurasi 2 minit 20 saat itu dikongsikan bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli  di dalam laman Twitternya sebentar tadi.

Antara yang disentuh Mat Said di dalam video tersebut termasuklah pemberian sebuah SUV Proton X70 uang dikaitkan dengan Ariffin Deraman, EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat yang pernah dibangkitkan sebuah portal Terengganu Coverage sebelum ini.

Dakwa Mat Said lagi, segala perincian sapah laku yang disebutkannya telah pun diajukan kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

Malah secara menyindir, Mat Said berkata “manusia amanah sebelum dapat peluang, bila dapat peluang belum tentu amanah”.

Sehingga berita disiarkan, MB Terengganu, Datuk Seri Samsuri Mokhtar masih enggan memberikan ulasan terhadap dakwaan tersebut.