Panas!!! Bukan Tun M, tetapi Muhyiddin penyebab Maszlee ‘dipecat’ sebagai Menteri Pendidikan
Petikan daripada buku terbaru Maszlee Malik berjudul Memori bukan Memoir dalam tajuk :
1BESTARINET DAN KPM, APAKAH YANG BERLAKU?
Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM ke-7 untuk saya memulangkan jawatan saya kepada beliau adalah disebabkan oleh isu 1 BestariNet, atau lebih khusus kontrak YTI. Communications Sdn. Bhd. (YTLC) dengan KPM yang penuh kontroversi.
Saya tidak boleh mengatakan hal ini satu-satunya sebab, namun boleh saya katakan hal itu merupakan antara sebab mengapa Perdana Menteri (PM) meminta saya berbuat demikian, dan menurut beliau, atas permintaan Presiden Parti Bersatu ketika itu.
Sebanyak lima kali saya telah dipanggil oleh PM pada ketika itu untuk bertemu beliau di pejabatnya untuk berbincang isu ini.
Malah saya juga telah hadir sebanyak dua kali dengan pimpinan tertinggi KPM untuk menerangkan kepada beliau perihal keputusan yang dibuat oleh KPM.
Dalam mesyuarat terakhir bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini”.
Tidak lama selepas itu saya menerima kiriman e-mel daripada beliau yang meminta saya memulangkan jawatan yang diamanahkan kepada saya pada Jun 2018 kepada beliau semula.
Biarlah apa yang berlalu itu berlalu. Saya yakin, sepertimana dalam ucapan terakhir saya sebelum meninggalkan KPM.
Atas arahan dan nasihat daripada PM ketika itu, saya dengan berat hati, tetapi rela, menyerahkan jawatan tersebut kepada beliau semula atas dasar patuh kepada arahan pimpinan dan yakin kepada pimpinan dan kebijaksanaan beliau.
Itu telah menjadi sejarah. Apa yang penting, umum ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dengan 1 BestariNet dan KPM.
Perkara yang saya akan bentangkan dalam artikel ini bukan sesuatu yang sulit, ia merupakan fakta yang diketahui oleh kebanyakan warga KPM. Pernah didedahkan oleh media tetapi tidak disensasikan seperti…