Panas!!! Chegu Bard dakwa polis buat kerja ketika mengantuk, ejen kerajaan PH
Kira kira jam 3 petang semalam saya telah hadir ke IPD Wangsa Maju bagi rakaman percakapan. Difahamkan satu laporan polis dibuat ke atas saya oleh anggota polis di JSJ Kormersial Bukit Aman.
Laporan polis atas posting saya bertarikh 20 Mei dimana saya membuat posting dengan memuat naik video sidang media Khairy selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang saya sekalikan disebalahnya video Chow Ketua Menteri P.Pinang yang mana Khairy berjaya buktikan Kerajaan Pulau Pinang ditipu. Sebelum itu kerajaan P.Pinang dan Anwar bersungguh menyerang Kerajaan Pusat sebagai gagal dan seolah niat jahat halang kerajaan negeri dari bawa masuk vaksin sendiri. KJ berjaya buktikan syarikat yang konon nak sumbang vaksin ke Pulau Pinang bukan sahaja tidak membuat sebarang tempahan malah syarikat itu sendiri dipertikaikan kewujudannya.
Posting boleh diakses di https://fb.watch/6ddluYDvuy/
Jelas posting tersebut menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat dan membantu keharmonian. PELIK pula polis Bukit Aman boleh lapor kononya posting itu berniat jahat dan bertujuan memecah belahkan dan mengancam keharmonian 😅😂🤣.
Adakah ada agen agen kerajaan dahulu atau ciri daulah terpendam.. atau pegawai tersebut buat laporan polis dalam keadaan mengantuk dan gagal fahamkan konteks posting tersebut….Wallahuallam…
Apa pun sebagai warga bertanggungjawab saya penuhi keperluan rakaman percakapan tersebut.
Sumber : FB