Panas!!! Dasar baru arak dibatalkan serta merta, MCA buktikan kepada Pas siapa ‘king maker’ sebenar

Panas!!! Dasar baru arak dibatalkan serta merta, MCA buktikan kepada Pas siapa ‘king maker’ sebenar

Menjelang PRU-15, BN dilihat menggembeling sulurh kekuatan akar umbinya bagi menarik sebanyak mungkin undi terhadap mereka.

Selepas MCA kembali menunjukkan prestasi cemerlang mereka mendapatkan kepercayaan masyarakat Tiong Hua pada PRN Melaka yang lepas, maka kerajaan terpaksa cuba menjaga momentum sokongan kaum tersebut, sekurang-kurangnya sehingga selesai PRU-15 nanti.

Justeru, sebarang perkara yang dilihat sensitif dan boleh menjejaskan sokongan tersebut, maka sudah pasti ianya akan dikaji semula malah sehingga satu keadaan ianya akan dibatalkan serta merta.

Begitu jugalah kisahnya dengan isu panas yang tercetus sehari dua ini. Hari ini, negara digemparkan dengan kenyataan Jabatan Kastam bahawa mereka telah diarahkan untuk membatalkan dasar baru perlesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Wee Ka Siong sebentar tadi. Menurutnya, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan padanya bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan pembatalan itu.

Wee yang juga menteri pengangkutan mengumumkan perkara itu dalam bahasa Cina di Facebook sebentar tadi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa restoran dan kedai kopi yang menjual bir dikehendaki memohon lesen baru bermula 1 Januari