Panas!!! Enggan pertahan Hamzah, pimpinan Bersatu anggap ianya masalah peribadi bukan parti
Ketua Bersatu Kepong mempersoalkan tindakan Ketua Polis Negara (IGP), Abdul Hamid Bador mendakwa campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam isu pelantikan pegawai polis, hanya selepas penggantinya diumumkan.
Norizan Ali mempersoalkan jika benar campur tangan itu berlaku sejak hari pertama Hamzah Zainudin dilantik sebagai menteri, mengapa selama ini Hamid berdiam diri.
“Adakah jika khidmat Hamid disambung lagi sebagai ketua polis negara, dia tetap akan bersuara dengan nada yang sama atau tiba-tiba memuji Hamzah?” soal Norizan dalam kenyataan.
Pada sidang media terakhirnya sebagai IGP semalam, Hamid membuat beberapa dakwaan, antaranya mengenai campur tangan politik dalam pasukannya.
Malah, dia mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik atau “bad blood” dengan Hamzah.
Menurutnya, menteri sepatutnya hanya terlibat dalam penggubalan dasar dan tidak harus terbabit dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukan polis.
Susulan itu, terdapat gesaan daripada pihak pembangkang dan beberapa ahli politik Umno supaya Hamzah disiasat.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Menteri Dalam Negeri perlu mempengerusikan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang membuat cadangan bagi pelantikan pegawai kanan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Norizan berkata, tidak wajar bagi Hamid menyerang Hamzah tanpa memahami tanggungjawab menteri itu dalam SPP.
“Janganlah mengutuk dan mencerca orang politik hanya kerana tidak berpuas hati atas sesuatu perkara yang dihajati, tetapi tidak berjaya diperolehi.
“Lagi pun, bukankah Hamid sendiri sebenarnya sudah bersara sebelum ini dan khidmatnya sebagai ketua polis negara hanya berdasarkan kontrak semata-mata?” soal Norizan.
‘Kalau anak jantan sangat, lawanlah Hamzah’
Mengulas lanjut, Norizan bekata Hamid sepatutnya bersyukur masih diberikan peluang untuk menjadi ketua polis negara meskipun setelah bersara.
“Begitu pun jika serangan Hamid kepada Hamzah ini menandakan dia telah mencampuri urusan politik, saya dengan ini mencabarnya agar berkecimpung sepenuh masa dengan menyertai mana-mana parti yang disukainya selepas ini.
“Kemudian, silalah tawarkan diri untuk bertanding dan jika rasa anak jantan sangat, lawanlah juga Hamzah di Larut dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang nanti,” tambahnya.
Hamid merupakan timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman sebelum dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri ketika pentadbiran Najib Razak.
Pada masa itu dia mendakwa penukarannya dilakukan kerana ada kaitan dengan tindakannya menyiasat skandal 1MDB.
Selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum pada 2018, Hamid dipanggil semula untuk bertugas dan dilantik sebagai IGP dengan kontrak selama dua tahun. – MK