Panas!!! Lagi kisah polis, warganet berang diperlakukan seperti sampah
Dua tiga hari ini tular berita yang agak panas dengan isu pihak polis yang mengendalikan sekatan jalan raya yang dituduh tidak amanah dalam melaksanakan tugas, termasuk menyalahgunakan data peribadi pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya sebagai cara untuk mendapatkan jodoh.
Kemudian, tular berita yang lebih memalukan apabila pihak yg diamanahkan menjalankan tugas ini tergamak meminta ‘belanja’ buah dada demi melepaskan pengguna yang ditahan dalam sekatan jalan raya dilepaskan pergi.
PDRM dalam respon pantasnya berjanji akan menyiasat secara tegas tanpa melindungi anggota yang terlibat sambil.memohon kerjasama dari mereka yang terlibat.
Namun, melalui 1 hantaran tweet terbaru semalam, isu yang semakin hangat diperbincangkan warganet ialah prosedur memohon kebenaran rentas negeri.
Menurut seorang pengguna twit bernama Sarah Mustafa, dia membangkitkan isu layanan buruk pihak polis terhadap ibunya ketika membuat permohonan rentas negeri bagi menguruskan kematian anggota keluarganya yang terdekat.
Berikutan itu, pelbagai kisah sukar ketika berurusan dengan pihak.keselematan ini turut dikongsi sama oleh warganet. Semoga pihak MKN termasuk menteri yang menguruskan pihak polis, Hamzah Zainuddin dpt duduk bersama mencari jalan keluar menyediakan SOP PKP yang lebih mesra rakyat.
Bayangkan jenazah dah jalan 2 jam lepas, my mom dilayan seperti sampah di Balai Polis (our area) untuk mintak surat perlepasan rentas negeri.
They cut my mom off while talking, not wanting to hear full explanation. Siap halau while she was talking. pic.twitter.com/wxG1vC0pL9
— Sarah Mustafa (@srhmstfa_) February 13, 2021