Panas! Mangsa rogol mengaku pernah jadi teman ranjang ADUN Gombak Setia
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dikejutkan dengan pengakuan seorang mangsa rogol yang mengaku pernah terbabit dalam “skandal” dengan ADUN Gomvak Setia, YB Hilman Idham melalui seorang kenalan sambil menambah mereka telah bertemu beberapa kali.
“Saya juga tidur dengan Hilman. Panggilan seperti ‘sayang’ dan ‘baby’…meletakkan hubungan kami seperti teman lelaki dan teman wanita,” tambahnya seperti dilaporkan portal FMT semalam.
Kenyataan menggemparkan oleh wanita tersebut ketika memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes rogol melibatkan seorang pemimpin Bersatu, rakan rapat kepada Hilman selepas tertularnya sebuah video yang menjadi pertikaian ramai selepas kes tersebut didakwa cuba ditutup oleh pihak berkepentingan.
Wanita berusia 33 tahun itu berkata bahawa dia tidak bersetuju melakukan hubungan seks dengan pembantu kepada ADUN Bersatu yang dikenali sebagai Mohd Zulfahimin Mahdzir ketika disoal balas oleh peguam bela Chris Kooi.
Pada masa sama, wanita itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Kooi bahawa dia menarik Zulfahimin ke dalam bilik tidur di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur di mana kejadian rogol itu didakwa berlaku selepas tengah malam, pada 5 Dis 2020.
“Bukan dengan persetujuan saya, tidak! tidak! tidak!,” tegasnya.
Zulfahimin ialah pembantu kepada ADUN Gombak Setia, Hilman Idham.
Wanita itu juga mengatakan dia tidak sedarkan diri kerana mabuk, dan bukan sekadar “tipsy” (mabuk ringan).
Dalam keterangannya, wanita itu mengenal pasti Zulfahimin sebagai individu terakhir berada di atas badannya sebelum dia pengsan dalam keadaan mabuk.
“Saya nampak Zul. Ketika itu saya dapat rasakan saya di atas katil. Rasa Zul atas saya,” katanya merujuk kepada tertuduh.
Wanita itu mengenali tertuduh, yang turut hadir di mahkamah hari ini.
Zulfahimin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Sept 2021 atas pertuduhan merogol seorang wanita pada Disember 2020.