Panas!!! Masih berdendam, Razman tunjuk belang enggan patuhi SOP
LENGGONG – 20 Mac 2021, 5.00 Petang.
Kesempatan program di sekitar Lenggong dan Gerik pada hujung minggu ini dengan meluangkan masa untuk menziarahi saudara mara terdekat.
Ziarah Mek Tam, adik arwah ayah Pak Teh. Satu-satunya ibu saudara yang masih ada. Selain itu, saudara Adnan Alias Ismail bin Ahmad, mantan bilal Masjid Kampung Luat, Lenggong. Seterusnya, Tok Fatimah yang juga Ibu Saudara kepada Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong.
Mengeratkan silaturahim adalah kewajipan umat Islam tanpa mengira fahaman politik mahupun idelogi pemikiran. Ini kerana, hubungan kekeluargaan perlu dikekalkan dan dipertahankan.
Allah SWT berfirman:
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَاَ صْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ وَا تَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat”.
[ADMIN]