Panas!!! Menteri Pas sokong keputusan kerajaan perbaharui lesen arak Timah???

Panas!!! Menteri Pas sokong keputusan kerajaan perbaharui lesen arak Timah???

Negara pernah digemparkan dengan isu kontroversi membabitkan jenama arak menggunakan nama Melayu baru-baru ini.

Timah, nama arak tersebut menjadi perdebatan hangat dikalangan pemimpin politik dan Ngo Melayu Islam kerana penggunaan nama tersebut dianggap menghina kaum utama di negara ini.

Malah, Pas selaku komponen kabinet kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri juga dilihat begitu vokal menentang, meskipun Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap tiada isu arak tersebut menggunakan nama Timah yang didakwanya mengambil daripada nama sejenis logam yang dominan di Tanah Melayu satu masa dahulu.

Manakala pemudanya bertindak lebih keras dengan mendesak kerajaan menutup terus operasi syarikat arak itu.

Namun isu tersebut seakan sudah lenyap. Tiada lagi protes secara terbuka terhadap Timah dibuat oleh para pejuang bangsa dan agama ini selepas kerajaan memutuskan untuk mengarahkan syarikat pengeluarnya melakukan penambahan ayat di dalam label arak tersebut.

Kelmarin pengeluar arak tempatan Timah membuat kejutan apabila mengumumkan telah mula beroperasi selepas kerajaan memperbaharui lesennya baru-baru ini, sekali gus menamatkan kontroversi berkaitan jenama itu.

Pengarah Winepak Corporation Sdn Bhd Kenny Yeo, mengesahkan lesen mereka sudah diperbaharui dan proses pengeluaran akan bermula dengan label baharu dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi, seperti dilaporkan portal FMT

“Stok dengan label baharu dijangka berada di premis berlesen dalam masa beberapa minggu lagi. Kami kehabisan stok buat masa ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, media dan ahli politik tertentu yang bersama kami ketika kontroversi itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Kontroversi berhubung nama Timah dan imej Kapten Tristram Speedy pada botol arak itu tercetus sejak Oktober lalu.

Pelbagai pihak, termasuk warganet dan sesetengah ahli politik mempersoalkan nama Timah yang dikatakan ringkasan bagi nama Fatimah, anak Nabi Muhammad S.A.W.

Mereka turut mendakwa, imej Kapten Speedy pada label arak itu menyerupai lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala, seolah-olah menyerupai lelaki Islam memakai kopiah.

Winepak kemudiannya menjelaskan nama arak itu merujuk logam timah dan gambar Kapten Speedy ialah individu yang memperkenalkan budaya minum wiski di negara ini pada zaman itu.

Pada 13 Nov lalu, kerajaan bersetuju membenarkan Timah mengekalkan namanya, tetapi label tambahan perlu disertakan pada botolnya bagi menjelaskan nama Timah merujuk bijih timah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sebelum ini lantang bersuara dalam isu itu, mengalu-alukan pengeluaran lesen kepada Winepark yang menandakan berakhirnya kontroversi berkenaan.

“Diharapkan kita dapat mengelakkan bantahan umum dalam kontroversi lain seperti ini dengan berjumpa individu relevan terlebih dahulu. Ini mudah dielakkan jika pihak tertentu tidak mengambil kesempatan untuk meraih kelebihan politik.”

Dalam kalangan wargamaya pula, mereka mula mempersoalkan tindakan hipokrit pimpinan Pas terutamanya Menteri Agama yang pernah menghina ahli keluarga seorang wartawan wanita hanya kerana diajukan soalan mengenai tindakan pengharaman kedai judi oleh kerajaan Pas di Kedah namun menyokong pembaharuan lesen arak Timah yang dianggap ibu segala maksiat seperti disebutkan di dalam Al Quran.