Panas!!! PKR anggap pencalonan Adly belum muktamad

Panas!!! PKR anggap pencalonan Adly belum muktamad

Sosek-sosek pencalonan Ketua Menteri Melaka dari PH masih kedengaran meskipun telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH baru-baru ini.

Selepas kenyataan MB Selangor menganggap PH tidak sepatutnya terikat dengan hanya satu calon Ketua Menteri, timbul pula dakwaan terbaru dari Ketua Whip PKR, Johari Abdul mengulas isu tersebut.

Dia berkata, jawatan Ketua Menteri Melaka masih boleh berubah dan tidak semestinya calon sekarang akan diangkat.

Tambahnya lagi, nama Adly Zahari dipilih buat masa ini kerana mempunyai rekod yang baik.

“Selama 22 bulan jadi Ketua Menteri Melaka, sudah ada bukti beliau telus, terbuka dan agresif.

“Tetapi tak bermaksud dialah orangnya yang akan diangkat nanti,” katanya dalam program Melaka Memilih hari ini seperti dilaporkan portal MalaysiaGazette.

Beliau berkata, dalam politik, macam-macam perkara boleh terjadi.

“Tanggungjawab yang ini kita bagi dia adalah sebagai ketua. Dia bukan syok sendiri sahaja tetapi perlu jadi ketua yang memimpin dalam tempoh berkempen ini.

“Adly kena pastikan amanah memang besar dan Pakatan Harapan (PH) juga menang besar.

“Tanggungjawab besar ini untuk menangkan kawan-kawan lain di dalam PH,” katanya lagi.

Nama Adly diangkat sewaktu PH melancarkan Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan pada Rabu.

Ia khusus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlansung pada 20 November depan.

Selain nama Adly, turut menjadi perhatian adalah calon Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin daripada parti PKR.