Panas!!! Tajuddin dipecat sebagai pengarah pilihanraya Umno

Panas!!! Tajuddin dipecat sebagai pengarah pilihanraya Umno

Tular sehelai surat berkaitan pemecatan Tajuddin Abdul Rahman, MP Pasir Salak daripada jawatan pengarah pilihanraya Umno.

Surat yang ditandatangani Zahid itu telah melantik Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohammad Hassan sebagai pemangku.

Desas-desus pemecatannya mulai tersebar luas selepas keengganannya menandatangani persetujuan penarikan balik sokongan terhadap Muhyiddin dalam mesyuarat MKT Umno baru-baru ini.

Tindakan itu berpunca akibat ketidakpuasan hati terhadap Zahdi Hamidi yang tidak mempertahankannya ketika dimalukan Menteri Kewangan sewaktu memecatnya daripada jawatan pengerusi Prasarana tempoh hari.

Kelmarin, tular rakaman audio beliau mengamuk dalam mesyuarat MKT Umno yang turut dikongsi oleh TS Annuar Musa. Dalam responnya kepada wartawan, beliau mengaku rakaman tersebut merupakan rakaman suaranya yang asal.