Pedih!!! Lagi luahan rakyat mengadu dihalang tunaikan solat di masjid
Amal ibadah dipersulit, maksiat dipermudah atas alasan EKONOMI.
Kemana sebenarnya kerajaan Malaysia nak bawa rakyat ?
Minggu lepas, saya bawa keluarga pusing-pusing KL. Masuk restoran, beli bungkus makan dalam kereta sebab 3 orang anak lagi belum di vaksin. Pergi Tasik Perdana dengan segala SOP dipatuhi, cari tempat paling tak menarik duduk lepak supaya jauh dari orang ramai.
Tiba masa nak solat maghrib, Masjid Kg.Baru dituju sambil-sambil nak beli bungkus menu-menu Kelantan campur Thai yang ada kat Restoran Suraya yang betul-betul sebelah Masjid Kg.Baru.
Masa sampai kat depan Masjid tu, jam dah 7.45malam, solat jemaah maghrib dah selesai. Kami bertujuh dengan segala SOP dipatuhi menuju ke pintu belakang masjid yang ada kaunter daftar masuk masjid. Bawa sejadah, pakai mask dan jalan pun jarak-jarak.
Pak Cik yang jaga pintu (AJK lah kot) tahan kami dan tanya “nak solat maghrib ke nak tunggu solat Isyak ?” Saya jawab nak solat maghrib.
Jawab pak cik tu “oh, kalau nak solat maghrib tak boleh masuk, hanya yang nak tunggu solat jemaah isyak aje boleh masuk selagi tak lebih kapasiti yang dibenarkan”.
Saya tanya “tak boleh masuk lah ye, dalam tu kosong aje”. Jawab pak cik tu “tak boleh, kalau nak solat boleh solat kat luar dan ambik wuduk kat paip tepi tu”.
Maka bersolatlah kami kat laluan pejalan kaki antara masjid dan lot-lot kedai dipintu masuk belakang Masjid Kg.Baru dengan berwuduk dengan paip siram pokok.
Tak pa lah, kita ikut aje arahan kerajaan, arahan pihak berkuasa agama biarpun memang jelas menyusahkan dalam hal-hal beragama.
Tetapi bila tengok gambar-gambar dan video-video apa yang berlaku di Langkawi semalam dan malam tadi, saya tertanya-tanya, sebenarnya kerajaan Malaysia ni betul ke nak jaga rakyat dari BALA BENCANA atau sekadar buat SOP untuk susahkan rakyat untuk HAL AKHIRAT dan mudah sangat diberi kelonggaran untuk HAL DUNIA.
Tengok lah video-video beberapa selebriti, jutawan produk dan para kayangan ke Langkawi semalam. Ada ke penjarakan dalam pesawat, elok aje rapat-rapat di balai ketibaan, selamba aje buat video tak pakai mask dalam kereta sewa sedangkan dalam tu ada pemandu yang bukan ahli keluarga mereka, bergurau senda dekat-dekat tanpa mask dengan pelancong dan orang duk berniaga kat Pantai Cenang dan siap sebut “kita dah bebas, bebas Covid-19”.
“Kita tidak boleh membenarkan aktiviti keagamaan untuk elak fitnah kepada agama”
Para ilmuan, para mufti dan para penguasa agama (termasuk pengerusi penguasa agama setiap negeri… Tahu kan siapa), agama ni dah memang difitnah oleh para musuh dan juga para penganut agama islam yang tak cinta agama sejak zaman Nabi sebelum Nabi Muhammad lagi.
Tahukan kalian yang SOP yang duk ada inilah fitnah terbesar dalam agama. Tahukah anda sekarang ni orang kebanyakkan dah terkeliru antara HUKUM dan SOP. Sejak dari zaman kanak-kanak kita diberitahu yang solat jumaat itu fardhu dan tak boleh tinggal sewenang-wenangnya.
Datang Covid-19 solat jumaat dah jadi satu perkara fardhu yang boleh kita tinggalkan hanya kerana SOP. Satu hari nanti, anak-anak kita akan tinggalkan solat jumaat atas alasan nak susun kerusi meja didewan sebab esok ada mesyuarat PIBG dan mesyuarat itu penting, menjadi sebab untuk kita meninggalkan yang fardhu atas kemaslahatan ummah.
Dari zaman kanak-kanak kita disuruh rapat saf, lurus saf. Bila datang Covid-19, rapat saf jauh sekali, lurus saf pun entah kemana.
Menteri Agama dan timbalan serta pembantu-pembantunya, berhentilah bagi alasan “Agama adalah dalam bidang kuasa negeri”. Pergilah mengadap penguasa setiap negeri, hal-hal dunia boleh aje bincang negeri MB dan Sultan.
Para Mufti, janganlah duk bagi nasihat yang terlalu ikut “buku dan kitab” sahaja. Hukum akan berubah berdasarkan dalil dan hujah mengikut keadaan semasa. Agresiflah sikit untuk ummah, kalau tak harapkan mufti, nak harapkan siapa untuk beri maklumat dan pandangan yang betul kepada para Sultan/Raja Melayu yang menjadi penguasa agama.
Jangan lah syok sangat dengan rasa diri “taraf maksum” dan selesa dengan gaji, elaun dan kemudahan yang bertaraf exco tu.
Tak payah lah takut sangat AGAMA DIFITNAH, memang dah DIFITNAH pun…