Peguam Hafidzah Hassan perjelas sebab tarik diri dari kes Siti Bainun, “Bukan sebab lari..”

Peguam Hafidzah Hassan perjelas sebab tarik diri dari kes Siti Bainun, “Bukan sebab lari..”

 

Terdahulu, kecoh diperkatakan mengenai perkembangan terkini melibatkan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang mana dilaporkan telah menangis di kandang saksi kerana menerima notis penarikan semua peguam yang membelanya.

Pengumuman mengejutkan itu di mahkamah baru-baru ini membuatkan Siti Bainun terkontang-kanting tanpa seorang peguam bagi membelanya dalam prosiding kes mengabaikan dan menganiaya remaja OKU, Bella.

Screenshot 2023 01 17 154331

“Penarikan diri peguam adalah biasa” – Hafidzah

Sehubungan itu, rata-rata netizen yang membanjiri ruang komen Instagram salah seorang peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan dengan bertanyakan sebab di sebalik penarikan tersebut.

Hafodzah 1

Menurut Hafidzah, penarikan diri peguam adalah perkara biasa dan ia berlaku kerana peguam tersebut mengalami pertindihan tarikh dengan kes-kes yang telah ditetapkan lebih awal.

Dalam istilah undang-undang, penarikan diri peguam adalah biasa. Dan kali ini kerana pertindihan tarikh dengan kes-kes yang telah ditetapkan lebih awal. Bukan sebab lari,” jelasnya.

Peguam 1

Tambahnya lagi, keputusan itu juga telah dimaklumkan dari bulan Disember lagi yang mereka tidak dapat menghadiri prosiding pada tarikh di bulan Januari, Februari dan Mac.

Malah Hafidzah juga menegaskan bahawa tiada sesiapa yang meninggalkan Bainun dan perkara tersebut bukanlah sesuatu yang melucukan.

Peguam 2

Peguam 3

Dalam pada itu, disebabkan kes ini, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini tarikh untuk sambung perbicaraan bela diri dan prosiding pula dijadualkan berlangsung hingga Jumaat.

Siti Bainun pada masa yang sama dikehendaki untuk memaklumkan mengenai status terkini lantikan peguam baharu pada tarikh tersebut.