Pelajar viral tiada ‘laptop’ akhirnya disahkan berbohong
Kemelut yang berlaku hasil daripada pendedahan video tular melibatkan isu pensyarah yang didakwa menghina pelajarnya semalam seakan menemui kesudahannya.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak UiTM hasil siasatan dalaman yang dijalankan, pihak mereka mendapati dakwaan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer dan berita kematian ibunya itu juga adalah tidak benar.
Berita tersebut telah dikongsi oleh saru portal dengan bukti berkaitan kes tersebut tueut disertakan.
Laaa… Budak tu bukan setakat ada komputer, mak dia pun HIDUP lagi..🤦🏻.
Kot ye nak menipu dan bagi alasan pun tak patutlah sampai arwahkan mak sendiri 😢.
Ini lagi serius drpd herdik mentaliti B40 yg utamakan perkara tak penting lain berbanding pelajaran.
Apa pun, memang tukang tular video ni sebenarnya patut dikenakan tindakan. Motifnya apa?
Nak cari perhatian? ‘Content’? Niat jahat nak jatuhkan Prof ?
Yang lucu tu , ada pulak pihak yang ambil kesempatan sebarkan fitnah kononnya dah graduasi la apa lah…
Zaman sekarang zaman fitnah berleluasa.
Hantaran sebelum ini oleh Dato tu terpaksa kita padamkan 🙏🏻
*Siasatan UiTM setakat ni. Wallahualam.
Tak tahulah kalau kes ni rumit mcm kes Adib.
Dalam kes berkaitan, pihak UiTM juga telah mengambil langkah drastik dengan membatalkan sambungan kontrak pensyarah tersebut yang baru sahaja diperbaharui 15 Mac lepas.