Pengeluaran duit di Tabung Haji kini tidak guna buku lagi, ini cara-caranya

Berkuatkuasa 23 Jun 2019, Tabung Haji kini sudah menghentikan penggunaan Buku Akaun Simpanan semasa menjalani urusan di kaunter.
Inisiatif yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pendeposit untuk berurusan di kaunter.
1. KEMUKAKAN KAD PENGENALAN
Tidak perlu risau tentang penjagaan buku, pendeposit hanya perlu mengemukakan kad pengenalan sahaja semasa melakukan transaksi.
2. AKAUN ANAK-ANAK
Sama juga untuk transaksi anak-anak di bawah jagaan, hanya penjaga sahaja yang dibenarkan untuk berurusan di kaunter.
3. SEMAKAN BAKI AKAUN
Untuk ketahui baki akaun dengan transaksi terdahulu, pendeposit diberi dua pilihan yang boleh dilakukan di kaunter Tabung Haji, iaitu
Penyata Mini yang memaparkan lima transaksi terakhir.
Penyata Akaun yang memaparkan maklumat transaksi secara terperinci.
Pemansuhan Buku Akaun Tabung Haji
4. MAKLUMAT SIRI BUKU AKAUN
Sekiranya pendeposit ingin mendapatkan maklumat nombor siri Buku Akaun Simpanan untuk urusan pengaktifan kad (link) ATM yang bekerjasama dengan Tabung Haji, pendeposit hanya perlu memasukkan nombor akaun Tabung Haji seperti di bawah:
Walaupun tidak mempunyai akaun bank yang bekerjasama dengan Tabung Haji, pendeposit juga boleh memohon penyata di:
Penyata Mini: Mana-mana cawangan Tabung Haji, Bank Islam, dan Bank Rakyat (Ogos 2019)
Penyata Akaun: Mana-mana cawangan Tabung Haji
5. PIHAK KETIGA
Sekiranya pihak ketiga ingin mendapatkan Penyata Mini bagi pendeposit, mereka perlulah mengemukakan lampiran Borang Kebenaran Wakil semasa melakukan urusan di mana-mana kaunter Tabung Haji.
Senang bukan?
Jadi selepas ini tidak perlulah risau mengenai penjagaan Buku Akaun Simpanan Tabung Haji lagi. Walaupun Buku Akaun Simpanan sudah dimansuhkan, pendeposit masih boleh menyimpan buku sedia ada tetapi tidak perlulah membawanya semasa melakukan transaksi.