Pengeluaran Khas KWSP, cara semak baki terkini akaun KWSP tanpa i-Akaun
Baki KWSP terkini: Ini cara semak tanpa guna i-Akaun.Untuk makluman, cara check baki KWSP anda tanpa i-AKAUN ini sesuai untuk golongan warga emas ataupun sesiapa sahaja yang tidak berapa mahir menggunakan Internet dan teknologi.
Jika sudah ada i-AKAUN, tidak perlu susah-susah kerana semakan baki KWSP boleh dibuat dengan cukup pantas menggunakan aplikasi i-AKAUN mahupun melalui portal secure.kwsp.gov.my.
Bagi anak-anak yang mempunyai ibu-bapa yang sudah pencen, ada baiknya anda bantu mereka buat semakan baki caruman KWSP.Cara check baki KWSP tanpa i-AKAUN
Benar, kalau guna i-AKAUN, macam-macam transaksi boleh dibuat. Walau bagaimanapun, tidak salah kalau gunakan cara yang agak tradisional ini.
1. Cara semak baki KWSP tanpa i-Akaun melalui Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP.
Sekiranya anda tidak perlukan statement dan sekadar mahu tahu baki KWSP semata-mata, boleh ikuti langkah-langkah berikut:
Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000
Selalunya, panggilan akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
Beritahu bahawa and mahu semak baki akaun KWSP anda
Nyatakan samada Akaun 1 atau Akaun 2
Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk proses pengesahan
Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh dan soalan-soalan lain jika perlu
Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan baki KWSP anda.
Selesai
2. Check baki KWSP melalui live chat bersama ELYA
Jika anda mempunyai data Internet, boleh juga gunakan live chat ini:
Layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Lihat di bahagian bawah kanan skrin
Tekan butang ASK ELYA
Akan keluar paparan “Hai, saya ELYA, Chatbot KWSP. Buat masa ini, saya masih dilatih untuk meningkatkan kepintaran dalam menjawab pertanyaan secara interaktif berkaitan i-Akaun dan caruman.”
Buat pilihan topik berkaitan Ahli
Jawab soalan-soalan yang diberikan
Selesai
3. Check baki KWSP melalui MyKad menggunakan kiosk
Sekiranya anda bukanlah jenis orang yang mahir dalam apa-apa perkhidmatan berkaitan Internet dan mahu terus semak baki dengan mencetak statement, boleh terus menggunakan kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.
Anda juga perlu tahu di manakah lokasi kiosk KWSP yang berhampiran dengan lokasi anda supaya tidak penat pusing-pusing.
Tidak mengapa sekiranya terlupa no KWSP kerana kiosk tersebut tidak akan meminta nombor KWSP anda. Cukup sekadar bawa IC fizikal.
Berikut ialah panduan ringkas dalam menggunakan kiosk untuk menyemak penyata KWSP:
Sentuh skrin dan pilih Bahasa Melayu
Sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri
Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun atau mahu mencetak penyata.
Walaupun tujuan anda adalah untuk check baki, anda juga boleh pilih untuk mencetak penyata KWSP.
Pilih untuk Cetak Penyata
Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang disediakan
Dapatkan cetakan penyata KWSP untuk rujukan.
Selesai
Jangan lupa ambil semula IC anda. Bimbang akan diambil dan dimanipulasi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
4. Cara cek baki KWSP melalui IC di kaunter KWSP
Bukan semua orang pandai guna kiosk. Selalunya, orang-orang tua akan mengelak daripada menggunakan mesin kiosk KWSP.
Jangan bimbang kerana masih lagi ada cara untuk cek KWSP melalui IC di kaunter KWSP.
Selesai
Sekiranya anda adalah anak-anak atau saudara-mara yang membawa orang-orang tua ke KWSP, boleh minta bantuan mana-mana pegawai supaya mempercepatkan urusan mereka.
5. Kena guna Kad Pengenalan ke untuk semak KWSP online?
Untuk semakan secara online, anda tidak perlu menggunakan nombor IC atau MyKad.
Ini kerana sekiranya anda sudah mendaftar i-Akaun menggunakan komputer ataupun telefon bimbit sebelum ini, anda perlu buat satu ID PENGGUNA untuk login KWSP yang memerlukan verifikasi Kad Pengenalan. Jika belum buat lagi, sila register i-Akaun secepat mungkin.
Jadi, sekiranya anda sudah ada ID PENGGUNA, berikut ialah langkah-langkah untuk check statement KWSP melalui Secure KWSP:
Layari laman web rasmi KWSP untuk ahli di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
6. Ada masalah untuk buat semakan baki KWSP guna IC?
Sekiranya adan mempunyai apa-apa masalah semasa berada di premis KWSP, sila berhubung dengan mana-mana pegawai bertugas. Jangan bimbang, mereka ini ramah, terlatih dan sangat-sangat membantu.
Sekiranya anda mempunyai masalah semasa menggunakan perkhidmatan online KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-89226000.