Pengeluaran Khas KWSP, ketahui info PENTING yang kerap diabaikan pemohon
Ketika ini, iau yang begitu hangat diperkatakan tidak lain tidak bukan ialang mengenai Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP.
Akibat keterujaan melampau yang sedang melanda para pemohon, pastilah ada beberapa info penting yang tertinggal dari pengetahuan mereka.
Justeru, bagi mengelakkan para pemohon terlepas info penting tersebut, disertakan di bawah perkongsian mengenai Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP.
Tahukah anda, pengeluaran khas RM10,000 KWSP kali ini perlu digantikan semula?
Rupa-rupanya, ramai yang tak perasan perkara ini.
Rujuk di website KWSP ini.
Saya petik apa yang ditulis dalam FAQ.
Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.
Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:
▶️ Amaun Pengeluaran Khas: RM10,000
▶️ 20% daripada amaun pengeluaran: 20% x RM10,000 = RM2,000
▶️ Amaun penggantian semula: RM10,000 + RM2,000 = RM12,000
Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.
Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).
Apa rasionalnya?
Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.
Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan bagi penggantian yang dijangka mengambil masa hingga 4 tahun tertakluk kepada jumlah caruman ahli dan konsistensi dalam mencarum.
Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.
Baru tahu? Jangan marah saya. Saya kan beritahu je…
Sumber – FB Afyan Mat Rawi