Pengeluaran Khas KWSP RM10, 000, lebih 5 juta pemohon akan terima bayaran berperingkat hari ini

Pengeluaran Khas KWSP RM10, 000, lebih 5 juta pemohon akan terima bayaran berperingkat hari ini

Sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis bakal menerima pembayaran secara berperingkat mulai hari ini.

Pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion itu melibatkan 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak membuat pengeluaran.

Semalam, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membuat kejutan apabila mengumumkan pembayaran pertama kepada pemohon terawal yang layak diubah kepada hari ini, bukannya pada 20 April nanti.

“Bagi yang membuat permohonan awal bulan ini bolehlah check akaun masing-masing esok.

“Tapi kalau belum masuk lagi jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat,” katanya di sini.

Tengku Zafrul berharap semoga pengeluaran khas ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna.

Permohonan pengeluaran khas KWSP dengan had maksimum RM10,000 boleh dibuat mulai 1 April hingga 30 April ini.

Kebenaran pengeluaran ini hanya bagi ahli yang berumur di bawah 55 tahun sahaja.