Pengkhianatan dan rasa curiga dalam kerajaan jejas pembangunan negeri
Kestabilan politik merupakan tunjang kepada pembangunan sesebuah negeri.
ADUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi berkata, kestabilan politik juga membolehkan kerajaan lebih fokus dalam pentadbiran disamping memberikan keyakinan kepada para pelabur dari dalam dan luar negeri untuk datang melabur.
Namun begitu, permainan politik dicemari pengkhianatan dan rasa curiga mencurigai antara parti-parti blok kerajaan.
“The political game” hari ini telah dicemari oleh pengkhianatan dan rasa curiga mencurigai antara parti-parti blok kerajaan.
“Ini secara langsung menjejaskan fokus kerajaan membangunkan negeri,” kata Pengerusi AMANAH Perak itu.
Beliau berkata demikian dipercayai mengulas apa yang berlaku di negeri Perak yang mana ‘pergaduhan’ dan perebutan kuasa di negeri Perak menyebabkan Menteri Bersar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu digulingkan.