Penjual berkeras tak bagi pelanggan pertama beli nasi kosong sahaja tanpa lauk, rupanya ini sebab sebenar

Penjual berkeras tak bagi pelanggan pertama beli nasi kosong sahaja tanpa lauk, rupanya ini sebab sebenar

 

Bagi yang sudah lama berniaga pastinya ada pantang larang tersendiri, paling utama adalah pelanggan pertama tidak boleh beli nasi kosong.

Ada sebab mengapa kadang kala penjual berkeras untuk tidak menjual nasi tanpa lauk untuk pelanggan pertamanya.

Seorang penjual berkongsi di Facebook untuk meminta maaf kepada pelanggan pertama kerana tidak dapat menjual nasi kosong.

Ujarnya, nasi kosong hanya di jual selepas ada yang membeli nasi dengan lauk sahaja.

“Saya tak akan jual nasi kosong (nasi sahaja) sebelum ada pelanggan kami beli (berserta lauk).

“Saya baru buka gerai, awak datang nak beli nasi kosong. Maaf ya, tunggu lepas pelanggan saya beli dulu,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Warganet dalam ruangan komen berkongsi asbab mengapa pemilik tidak menjual nasi kosong tersebut, rupanya ada kaitan dengan sihir.

“Pada yang tak fama, penjual bagi beli nasi kosong lepas ada orang beli nasi dengan lauk. Ini adalah pantang larang bagi mengelak santau perniagaan.

“Memang rezeki itu Allah yang tentukan tetapi ia sekadar berhati-hati dalam berniaga,” komen Hairi Hamdan.

“Kalau beli nasi kosong pertama telah diketahui menjadi amalan sesetengah penyihir dan pengamal ilmu hitam untuk menggunakan ilmunya.

“Dalam hal ni benda itu tak salah dan tak khurafat kerana ianya diketahui. Zaman kita ni nampak moden tapi sihir masih berleluasa,” tambah Eishmael Sufian.